Thursday, January 22, 2015

Petikan Cerpen Rindu di Hati Abah




Assalamualaikum.” Salam suci kesejahteraan yang kulontarkan tiga kali masih lagi tidak berjawab. ‘Mana abah ni?’ keluhku sendiri lantas mengatur langkah ke belakang rumah. Tiada juga.
Dibah, bila kau sampai?” Suara seseorang yang sangat kukenali dan CNN kampung ini, kedengaran. Aku menoleh dan menyalaminya seraya tersenyum kelat.
Kak Melah, nampak abah tak?” soalku.
Kat kubur la. Siang malam pagi petang, di situlah duduknya. Aku tengok macam tak betul aje,” beritahu Kak Melah sewaktu kami beriringan ke hadapan rumah kemudian duduk di anak tangga. Kata-katanya itu menusuk tajam hatiku.
Akak bukan nak cakap, tapi orang kampung yang kata. Kau orang adik-beradik tak mahu jaga orang tua tu. Kelmarin abah kau jatuh lagi dekat kebun pisang. Aku ni serba salah. Tapi yelah...nak tak nak kena beritahu juga.” Aku mengeluh perlahan. Kak Melah mencemik. Mendengar kata-katanya membuatkan darahku meruap. Aku senyum tawar.
Saya bukan tak mahu jaga abah....” Aku membela diri dalam geram.