Monday, November 12, 2018

Review Buku : Budak Kelas Belakang


Tajuk: Budak Kelas Belakang
Penulis: Emylia Mohd Nor
Penerbit: Komrad Buku
Halaman: 212


Ulasanku:


Budak Kelas Belakang merupakan naskhah non-fiksyen. Sebuah coretan tentang kisah penulis sepanjang dia menjadi pelajar di STF. Menceritakan bagaimana dia melangkah ke sekolah asrama dan pengalaman beliau di sana. Aku dapat merasakan suasana ketika tinggal di asrama dengan gaya penulisan yang santai. Coretan ini juga membongkar kisah-kisah rahsia kehidupan di asrama perempuan. Sesekali melakukan aktiviti memboloskan diri daripada asrama secara tanpa izin. Dalam cerita berkenaan perihal hantu-hantu yang diceritakan, aku baca laju-laju sebab seram. Sudahlah baca di kala malam menambah keseraman dalam diri. 

Apa-apa pun, gaya penyampaian dan penulisan secara santai seolah-olah membawa aku berada di tempat penulis. Sebenarnya, penulis bukanlah pelajar yang tidak pandai dan dia bukan pelajar kelas belakang namun kegagalan dan kejatuhan dia mengajar kita erti kebangkitan. Dugaan hidup yang dirasai penulis memberikan kita pengajaran. Walau bagaimanapun, penulis akhirnya menjadi seorang manusia yang berjaya. Aku memang salute dengan penulis ini. Daripada sebuah kegagalan dia bertemu sebuah kejayaan. Buku ini sangat sesuai untuk bacaan umum bagi mengisi masa lapang kalian. Recommended! Tahniah buat penulis.


Selamat membaca!

^_____^




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..