Thursday, April 16, 2020

Review Novel: Lili Buat Najah

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Aku berjaya habiskan lagi sebuah novel dalam tempoh PKP. Novel ketiga dalam tempoh PKP dan buku ke-10 dalam empat bulan ini. Bila ada waktu begini, memang sesuailah mengisi masa dengan membaca novel/buku yang tersusun di rak.


Banyak lagi buku yang belum sempat dibaca. Macam aku, kalau bacaan lambat tu maknanya aku sibuk menulis. Bila dah fokus menulis, aku kena tinggalkan aktiviti membaca. Begitulah pusingannya.

Novel ini sangat-sangat menyentuh hati aku. Novel ini berjaya membuat air mata aku mengalir. Jahat tau! Memang sedih. Sebak-sebak aku membacanya. Makin hampir ke penghujung makin sedih. Novel ini lain daripada yang lain. Kalau nak tahu kena baca sendiri.

Tahniah buat penulisnya Nazurah Aishah.





Lili Buat Najah karya Nazurah Aishah.

Penerbit: Penulisan2u
Harga: RM25/RM28
Jumlah Halaman: 527

*Kali pertama membaca karya penulis ini. Itu pun sebab aku terbaca review orang lain mengatakan novel ini best. Novel ini pernah diterbitkan oleh penerbit lain suatu ketika dulu tapi penerbit itu sudah tidak beroperasi lagi. Bila tahu novel ini pernah diterbitkan bawah penerbit kegemaran aku dulu, memang perlulah aku dapatkan novel LBN ini.

*Kisah perjalanan percintaan Nur Natasha Ameera dan Syahrun Najah yang saling mencintai namun episodnya sungguh menyedihkan. Mereka bernikah di luar negara sewaktu mereka belajar. Bertemu secara tidak sengaja membuahkan bibit-bibit percintaan antara mereka.

*Perkahwinan yang hanya diketahui oleh umi Natasha, papa dan kakak Najah. Mama Najah punya calon isteri buat Najah namun satu hari mereka nekad untuk berterus-terang dengan mama Najah.

*Perkahwinan itu ditentang oleh mama Najah namun akhirnya menerima Natasha setelah satu kejadian yang berlaku antara mama Najah, Tunku Helena dan Natasha.

*Latar ceritanya sekitar Johor Bahru. Sedang eloklah aku baca novel ini aku sudah setahun merantau ke Johor Bahru. Jadi bila penulis menceritakan lokasinya aku boleh membayangkan tempat-tempatnya; Menara Ansar, Lebuh Raya Pasir Gudang, Plaza Pelangi dll.

*Ceritanya menarik walaupun penulis menulis menggunakan POV1. Terasa sangat dekat dengn diri sendiri ketika membaca novel ini. Plotnya pun tersusun.

*Ceritanya mula menggusarkan hati apabila Natasha mendapat tahu Najah sebenarnya mempunyai penyakit yang akan memisahkan mereka secara hakiki.

*Apabila Natasha mengetahu tentang penyakit Najah, bermulalah episod sedih yang tidak henti. Bagaimana Natasha berperang dengan perasaannya begitulah aku yang membaca.

*Novel ini lain daripada yang lain kerana penamatnya sedih. Bergenang air mata aku ketika aku menghayati part Natasha membaca wasiat Najah. Memang betul lah review orang, air mata pastui tumpah untuk menghabiskan novel ini.

*Apa pun ada pengajaran yang terselit dalam novel ini. Percintaan yang setia namun ada yang perlu dikorbankan. Tidak semua keindahan yang tercipta akan berakhir dengan kemanisan dan yang paling penting mati itu pasti.

#fydaadimbaca #malaysiamembaca



4 comments:

  1. wahh rajinnyer baca novel., ;p

    ReplyDelete
  2. menarik novel ni tapi mood membaca kena letak tepi dulu sebab review novel yang dah baca pun tak sempat update tapi dah buat IG khas untuk novel yang dalam koleksi..

    ReplyDelete
  3. Tak suka penghabisan sedih. Boleh barang mesti satu je hati.

    ReplyDelete
  4. Kalau terasa nak buku tu kena sign oleh penulis ... bagi tau bole jer tolong pass kat penulis ... kalau nak Syahrun Najah tu sign sekali pun bole

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di SINI..
Silalah datang lagi yea..