Friday, March 22, 2019

Anekdot 2: Pahala

Imej yang berkaitan
(gambar: sumber google)

Mama tunggu Dak Adik kat dalam kereta. Memarkir kereta kat tempat biasa depan sekolah. Jam 6.15 petang, budak-budak lain sudah keluar sekolah tapi Dak Adik masih belum kelihatan.

Bila sudah 20 minit menunggu, mama suruh Dak Kakak cari dalam sekolah. Kemudian Dak Kakak muncul semula.

“Ma, adik tak adalah. Nana cari kat kantin pun tak ada.”

Ah, sudah. Mama dah cuak.

“Kat kelas Nana dah cari tak?”

“Kelas dah kuncilah ma.”

Kata-kata Dak Kakak menambah kerisauan mama. Mana pula budak ni?

“Cuba mama telefon Aunty Dila?” Mama pun segera dail nombor jiran. Dua kali mencuba namun tak berjawab. Baru mama nak dail nombor apak, Dak Kakak berkata.

“Hah, itu adik!”

Dak Adik dengan longlai masuk kereta sambil bercakap, “Adoi susahnya nak kumpul pahala.”

“Ammar pegi mana?”

“Ammar susun kerusi dengan sapu sampah kat kelas.”

“Dengan siapa?”

“Ketua kelas Ammar. Dapat pahala.”

Hah, yelah. Kau dapat pahala. Mama nak hilang pahala. Solat Asar pun belum. Selalu sempat solat sebelum balik. Semenjak ganti tempat PA terasa nak menyorok bawah meja pun belum tentu dapat.

Dunia oh dunia.

Nota kaki: Adakalanya kita terlampau mengejar hal dunia daripada hal akhirat. Bila rasa bersalah itu datang segeralah bertaubat. Allahu.


No comments: