Monday, July 29, 2019

Dan Sebenarnya Cinta

Imej yang berkaitan
(Sumber: Google)


“Abang...Cuba Husna panggil abang.” Pinta lelaki itu.
 Aku berkerut bila sekali lagi permintaan itu diutarakan.
“Abang takkan kembali pada dia Husna. Tidak sama sekali. Hubungan abang dan dia sudah lama berakhir. Selesai semuanya abang akan hantar rombongan meminang.”
Aku membuntangkan mata.
“Kenapa cepat sangat.”
“Benda baik kenapa perlu tangguhkan.”
“Lea, akan balik ke Melaka.”
“Kita balik sama-sama nanti.”
“Maksud Lea, Lea akan berhenti kerja sebab Lea dah dapat kerja di Melaka.”
“Bila?”
“Bulan depan.”
“Tak ada masalah tentang tu. Perkara kecil je.”
“Encik masih boleh berfikir untuk berhenti di sini atau meneruskan.”
“Kenapa abang perlu berhenti bila semuanya sudah ada depan mata.”
 Aku hanya mendiamkan diri. Tidak sanggup lagi mahu berbahas dengan lelaki itu. 


Image may contain: one or more people, people standing, text, outdoor and nature


No comments: