Sunday, August 4, 2019

Channel Youtube Pilihan

Bismillah.

Senaraikan tiga Youtube Channel yang anda selalu tonton. Itulah tugasan ketiga 'Prompt Ogos' yang tersenarai dalam Writing Prompts yang dikendalikan oleh Norsaadah Dot Com. Aku cuba juga untuk mengikuti tugasan yang diberikan oleh beliau agar blog ini tidak bersawang memandangkan blog ini adalah blog kedua aku yang aku selalu isikan dengan cerita-cerita penulisan aku.

Baiklah, berbalik kepada tajuk - supaya aku tidak terpesong jauh.

Apa itu Youtube?

YouTube ialah sebuah tapak web pengehosan video dari Amerika Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Pada November 2006, ia telah dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65 bilion. - Wikipedia


Diasaskan: 14 Februari 2005, San Mateo, California, Amerika Syarikat
CEO: Susan Wojcicki (5 Feb 2014–)
Tersedia dalam: Pelbagai bahasa
Ibu Pejabat: San Bruno, California, Amerika Syarikat
Pengasas: Jawed Karim, Steve Chen, Chad Hurley
Organisasi induk: Google


Aku memang selalu juga menggunakan Youtube Channel. Selalu pun hanya sekadar mendengar lagu-lagu. Situ lebih mudah. Kadangkala aku menulis dan aku akan pasangkan youtube untuk memainkan lagu-lagu kegemaran.

Jadi, aku senaraikan tiga Youtube Channel yang aku selalu tonton. Selalu itu tidak juga sebenarnya cuma memang kerap. Sebenarnya ada lebih channel cuma aku kongsikan tiga sahaja di sini. Itu pun sudah agak rumit.


1) Shazreen Fazlynda



Aku gemar menonton channelnya kerana dia suka buat vlog. Dulu-dulunya dia gunakan nama pinkmarbeless. Sekarang namanya sudah tukar kepada namanya sendiri. Ada beberapa vlognya aku suka tonton. Antaranya Garam. Ada mesej yang disampaikan dalam vlog tersebut. Kemudian vlognya Ragam Manusia di Facebook.

Boleh menonton channelnya di https://www.youtube.com/results?search_query=shazren+fazlynda


2) Siti Awe



Mula mengikuti Siti Awe ni sejak di Instagram. Dia seorang ahli farmasi. Selalu juga skodeng Instagramnya. Aku suka tengok cara dia bercakap. Lebih-lebih lagi dia suka cakap dalam loghat utara. Aku sudahlah suka loghat utara. Penyampaiannya sangat bersahaja dan spontan. Penuh konfiden. Betul lah, bukan senang nak bercakap depan kamera. Kalau aku memang sah-sah tak boleh. 

Boleh menonton channelnya di https://www.youtube.com/results?search_query=siti+awe


3) Khairul Aming 


Aku gemar memasak. Jadi channel-channel memasak memang menjadi pilihan. Antaranya Khairul Aming Food Channel. Cara dia memasak dan cara penyampaiannya dalam video itu sangat unik. Aku kagum sungguh yang memasak sambil merakam kemudian mengedit segala hal untuk dijadikan sebuah video yang berkualiti dan membuatkan penontonnya terhibur.

Boleh menonton channelnya di https://www.youtube.com/results?search_query=khairulaming

Itulah tiga Youtube Channel yang menjadi pilihan untuk dikongsikan di sini. Channel lain aku suka juga menonton channel Najwa Latif. Penyanyi yang aku minat. Najwa Latif pun bermula dengan youtube. Aku suka mendengar lagu-lagunya. Lagu-lagunya yang aku selalu dengar berulang kali sampai kadang tahap nak termuntah sendiri adalah Hilang, Satu, Sahabat dan banyak lagi.

Semoga kita gunakan saluran-saluran ini dengan baik dan seadanya. Jangan disalahgunakan kecanggihan teknologi masa kini. Perlu diawasi juga anak-anak kita kerana zaman sekarang tidak sama dengan zaman kita dahulu.





No comments: