Tuesday, January 7, 2020

Anekdot 4: Harapan Palsu


Tempoh hari menjelang beberapa hari mahu cuti perayaan Krismas, kawan sekolah aku di Bintulu whatsapp - memandangkan masa itu aku pun balik kampung untuk bercuti.

Kiriman whatsappnya berbunyi dengan ucapan salam. "Salam Kafida."

Kemudian aku membalasnya, "Wsalam. Yessss...Kenapa sopan sangat memberi salam di pagi hari."

Balasnya lagi. "Hahaha...hari isnin kena sopan."

"Kenapa itu?" Aku pun bertanyalah motif dia menghantar whatsapp padaku di pagi isnin nan indah. Sebab dalam kepala sudah set yang dia tak balik bercuti untuk Krismas - bukan kami nak sambut Krismas maksudnya cuti panjang masa itu. Sekarang kena perjelaskan takut ada yang jadi pembaris. Maaf.

"Aku plan nak balik. So boleh lepak sama."

"Wow. Bila?"

"Petang ni aku kompomkan. Bos aku paksa aku cuti."

"Bagus bos ko. Aku balik malam esok."

"Dia pikir tiket flight tu mcm tiket wayang. Baru nak cakap arini. Ko rasa?"

"Hahaha. Tiket wayang pusaka."

"Aku tgh survey tiket. Kalau mahal.. aku beli juga.. tapi aku dok umah je la.. tak ada duit nak lepak dengan ko. #donekesian."

"Hahaha. Kena datang rumah ko jelah ni."

"Yeszaa. Kasihanilah aku."

"Kena masak-masak. Hahaha. Ni dah tak kesian sampai suh masak-masak."

"Nk beli barang dapur pun  tak cukup ongkosnya dong."

"Makan sambal ikan bilis sambil menatap muka ko pun dah kenyang."

"Yang paling afdhol..tengok muka aku da kenyang... tu baru la jimat kos."

"Itu konsep berlapar."

Selang beberapa minit selepas aku dan dia merepek, menyusul whatsapp yang lain.

"Bos aku cakap jangan cuti pulakkkkkkk."

"Eh bos kau. Awat menduga sangat. Bos ko mabuk laut ke macam mana."

"Aku dah kena bertabah je ni. Mabuk todi kot."

"Hahaha. Cuba ko suruh dia berjalan. Tegak ke bengkok. Bos saja bagi harapan pelesu."

"Jangan sampai aku sumpah ala-ala sang kelembai."

"Jangan aku sekali sumpah dia."

"Yesss. Jadi sesumpah."

Sudahnya kami tidak ada rezeki untuk bertemu sebagai penutup tahun 2019. Walau jauh dan tidak bertemu, aplikasi whatsapp tetap menjadi pengantara kami dan sesekali pengantara kami adalah drama-drama melayu yang menarik.

Nota kaki: Meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada manusia akan membuka ruang-ruang untuk kita merasa kecewa.


No comments: