Friday, January 31, 2020

Review Buku : Cerita Orang HR

Assalamualaikum.

Hai semua.

Buku kedua yang aku baca untuk tahun ini. Aku berubah angin kali ini. Tinggalkan seketika novel cinta. Kita baca kisah anekdot yang mengisahkan cerita orang HR. Memandangkan aku pun kakak kerani bahagian HR, jadi aku tertariklah untuk membeli naskhah ini.


Cerita Orang HR karya Izman Pauzi.

Penerbit : Komrad Buku
Harga : RM25.00
Jumlah halaman : 211

🌿 Cerita Orang HR ini mengisahkan perkongsian penulis tentang kerjayanya sebagai orang HR atau dalam erti lain orang Sumber Manusia. Memandangkan aku pun pernah dan sedang menjadi orang Sumber Manusia makanya aku tertarik untuk membaca naskhah ini.

🌿 Cerita Orang HR ini menceritakan kerjaya orang HR di sebuah syarikat swasta di Shah Alam. Banyak rentetan dan coretan tentang menjadi orang HR dalam naskhah ini.

🌿Sedikit blurb tentang buku ini. “Korang selalu kata orang HR tak ada kerja.” Rasanya, kat mana-mana HR akan dengar kenyataan ini. Orang HR mana ada kerja. Biasalah tu. Jadi orang HR perlu mempunyai hati yang kental.

🌿Penulis berkongsi tentang pekerja Vietnam yang suka makan biawaklah, apalah. Kembang-kembang tekak aku ketika membacanya.

Apa pun, naskhah ini sesuai dibaca untuk semua lapisan masyarakat. Sebuah naskhah santai dan kita boleh juga tahu kisah HR di tempat lain pula.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

Siti Yang Menaip said...

bukan HR ke dok uruskan gaji staff lain ?
celah mana xdak keje ? amboi depa ni.. haha..

sabarla tu ujian bekerja.