Friday, February 7, 2020

Teaser 2: Insan Kau Cinta


Setelah siap semuanya, aku mencapai telefon bimbit lalu dimasukkan ke dalam beg tangan. Kemudian aku menyusun langkah menuju ke pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, figura seseorang sedang berdiri di depanku.

“Ya Allah.”

Lelaki itu melemparkan senyuman.

“Dah kenapa Encik Muaz berdiri depan pintu bilik saya ni?”

“Tunggu Husna.”

“Bukan tadi pesan suruh tunggu dekat lobi?”

“Itu saya yang pesan pada Husna tapi Husna tak pesan pada saya nak tunggu mana. Jadi saya tunggu Husna di sinilah.”

Aku mengerut dahi bila mendengar katanya.

“Dah kenapa saya pula nak suruh Encik Muaz tunggu saya kat mana. Encik sorang bagi arahan sudahlah. Pelik-peliklah perangai encik ni tau.”

“Apa yang peliknya. Tak ada yang pelik pun. Saya masih lelaki normal dan waras,” ujar lelaki itu seraya tergelak kecil.

Aku sekadar menggeleng sahaja. Kami mula beriringan mengatur langkah ke kereta.

#IYKC



No comments: