Monday, December 14, 2020

Review Novel: Jangan Pernah Lupakan Aku

 Assalamualaikum.

Selamat malam.

Sudah lama tidak menulis di sini. Pejam celik kita sudah sampai ke bulan terakhir dalam tahun 2020. Sejauh mana pencapaian diri sendiri untuk tahun ini? Bagaimana dengan pencapaian dalam membaca? Aku target untuk baca 20 buah buku. Kononnya mengikut tahun 2020. Ambil dua angkanya sahaja.

Itu pun rasanya macam tak mencapai target. Baru 13 buah buku sahaja yang terbaca. Selebihnya aku rajin membeli. Membelinya memang laju. Membaca sahaja yang lambat. Lambat-lambat pun aku baca juga nanti.

Sedapkan hati sendiri.

Baiklah, aku kongsikan sedikit review tentang novel yang kedua belas aku baca. Dah lama habis cuma baru berkesempatan nak berkongsi di sini.

Jangan Pernah Lupakan Aku karya Rissa Ahdiya.

­čî┐Novel ini mengisahkan kehidupan seorang wanita bernama Siti Maryam Humaira. Suaminya, Thareq mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Abangnya bernama Razif dan kakaknya pula bernama Zana.

­čî┐Dugaan Maryam datang apabila suaminya pulang ke negeri abadi kerana terlibat dengan kemalangan sewaktu mengikuti perkhemahan unit uniform sekolah di Teluk Batik, Pahang.

­čî┐Kematian Thareq telah menimbulkan satu konflik yang telah dicipta oleh Razif dan Zana kerana harta.

­čî┐Meskipun Thareq sudah tiada, Maryam masih menjaga emak mentuanya kerana Razif dan Zana tidak mempedulikan Mak Cik Sitam. Mereka hanya akan muncul apabila ada hal berkaitan dengan harta.

­čî┐Sifat tamak yang menguasai dua beradik itu membuatkan mereka bertindak di luar kawalan apabila mereka mengetahui bahawa Thareq ada meninggalkan harta buat Maryam.

­čî┐Kemunculan Fendi sedikit sebanyak membantu Maryam. Razif jadi sakit hati apabila Maryam tidak menerima lamarannya dan menerima lamaran Fendi.

­čî┐Akibat rasa tamak yang bermaharajalela, Razif melakukan perkara di luar jangkaan melibatkan nyawa. Geram dengan tindak-tanduk berani mati si Razif.

­čî┐Begitulah manusia yang tamak. Kerana duit akan menjadikan manusia gelap hati dan membuatkan manusia jadi jahat.

­čî┐Walaupun novel ini ada mengisahkan kisah percintaan, namun terselit kisah kekeluargaan gmyang memberikan pengajaran pada kita. Semoga kita semua dijauhi dengan sifat yang sebegitu.

­čî┐Tahniah buat penulisnya kerana sentiasa menyajikan kisah-kisah yang menarik dan memberi pengajaran.

#FydaAdimBaca #MalaysiaMembaca #FydaAdimReviewBuku

No comments: