Tuesday, November 18, 2014
Sajak : Patah Hati
PATAH HATI
Perasaan yang sukar diluahkan
Andai dipendamkan
Takut memakan diri
Andai dibiarkan
Hati akan terus terluka
Hanya mampu menitipkan doa
Agar diri ini diberikan kekuatan
Tidak terus hanyut dalam kedukaan andai
Ini dinamakan sebuah dugaan...
Nukilan,
Qaseh Qistina
Wednesday, November 12, 2014
Tuesday, October 7, 2014
Ulasan Buku : Kumpulan Cerpen Remaja - Tetamu Istimewa
Teks : Fyda Adim
Foto : Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat pagi semua. Sudah beberapa kali tertangguh untuk menyiapkan entri ini. Ini adalah entri tugasan buatku. Tugasan untuk apa? Rahsia. Aku disuruh membuat ulasan tentang buku Tetamu Istimewa karya Cikgu Mohd Helmi Ahmad. Sejak aku kembali berjinak-jinak dengan hobi zaman sekolah, banyak novel dan buku-buku aku beli. Walhal ada buku yang belum terusik. Kekangan masa mengatasi segalanya namun masih lagi mencari peluang dan ruang untuk membaca.
Suatu hari, kebetulan aku menerjah blog Cikgu Helmi ini, terus berminat mahu membeli bukunya bertajuk 'Tetamu Istimewa' yang menghimpunkan cerpen-cerpen remaja. Aku ni dah jauh sangat umurnya kalau hendak digelar remaja. Tapi sesekali ubah selera membaca, apa salah kita meremajakan diri kita semula. Ada kawan panggil aku 'remaja purba'. Katanya. Marilah aku ulas serba sedikit tentang buku Tetamu Istimewa ini.
Buku bertajuk Tetamu Istimewa ini menghimpunkan sebanyak 15 buah cerpen hasil penulisan kreatif Mohd Helmi Ahmad. Tajuk buku ini diambil daripada salah satu tajuk cerpen yang terkandung dalam buku tersebut. Pertama kali aku membaca buku yang dihasilkan daripada seorang lelaki. Selalu aku beli penulisnya perempuan. Cerpen-cerpen yang terkandung dalam buku tersebut adalah :-
1) Rancanganku Rancangan-Mu
2) Kedondong untuk Cikgu
3) Tetamu Istimewa
4) Mercun dari Kuala Lumpur
5) Bunga Telur Kenduri Kahwin
6) Kuih Bakul Limau Mandarin
7) Haruan di Pinggir Sawah
8) Pusaka Tanpa Nilai
9) Piala Penentuan
10) Rombongan Masuk Jawi
11) Setitis Budi, Semarak Kasih
12) Hanya Geran
13) Pulut Durian Santan Kelapa
14) Muhammad al-Islam
15) Tentang Waris
Secara keseluruhan, cerpen-cerpen yang terkandung sangat menarik dan digarap cantik. Kagum dengan idea-idea penulis. Cerpen-cerpen yang terkandung mengisahkan tentang kekeluargaan, persahabatan, nilai-nilai murni dan bertemakan kasih sayang yang sesuai dengan diri remaja. Antara cerpen yang aku suka Setitis Budi Semarak Kasih. Kisah pengorbanan seorang ayah dan anaknya yang sentiasa memikirkan tentang ayahnya.
Selain cerpen itu, Kedondong untuk Cikgu dan Haruan di Pinggir Sawah juga menarik. Kisah konflik antara cikgu dan anak muridnya. Namun konflik tersebut akhirnya dapat dileraikan. Dan cerpen Tetamu Istimewa pun membuatkan aku terfikir sejenak apakah yang dimaksudkan dengan 'tetamu'. Membaca permulaan cerpen itu membuatkan aku meneruskan pembacaan kerana diri tertanya-tanya apakah itu? Cerpen ini yang unik antara cerpen-cerpen yang lain. Walaupun buku ini tidaklah setebal mana namun aku mengambil masa juga untuk menghabiskannya. Kadang baca sampai tertidur. Bukan kerana buku tersebut tidak menarik tapi memang gitu aku kalau membaca. Cikgu jangan berkecil hati ye.:D
Itu sahaja ulasan aku untuk buku Tetamu Istimewa. Aku tak pandai nak ulas panjang-panjang. Memang tabik dengan idea penulis ini. Semua cerpen-cerpen beliau ada mesej yang tersendiri. Jadi tidak rugilah untuk mendapatkan buku ini untuk dijadikan bahan bacaan kita. Boleh berhubung sendiri dengan penulis di blognya di SINI. Penulis ada buat promosi jualan buku tersebut. Dapatkan segera! Sekian dan wassalam...
Aku Penulisnya,
Fyda Adim
Foto : Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat pagi semua. Sudah beberapa kali tertangguh untuk menyiapkan entri ini. Ini adalah entri tugasan buatku. Tugasan untuk apa? Rahsia. Aku disuruh membuat ulasan tentang buku Tetamu Istimewa karya Cikgu Mohd Helmi Ahmad. Sejak aku kembali berjinak-jinak dengan hobi zaman sekolah, banyak novel dan buku-buku aku beli. Walhal ada buku yang belum terusik. Kekangan masa mengatasi segalanya namun masih lagi mencari peluang dan ruang untuk membaca.
Suatu hari, kebetulan aku menerjah blog Cikgu Helmi ini, terus berminat mahu membeli bukunya bertajuk 'Tetamu Istimewa' yang menghimpunkan cerpen-cerpen remaja. Aku ni dah jauh sangat umurnya kalau hendak digelar remaja. Tapi sesekali ubah selera membaca, apa salah kita meremajakan diri kita semula. Ada kawan panggil aku 'remaja purba'. Katanya. Marilah aku ulas serba sedikit tentang buku Tetamu Istimewa ini.
Buku bertajuk Tetamu Istimewa ini menghimpunkan sebanyak 15 buah cerpen hasil penulisan kreatif Mohd Helmi Ahmad. Tajuk buku ini diambil daripada salah satu tajuk cerpen yang terkandung dalam buku tersebut. Pertama kali aku membaca buku yang dihasilkan daripada seorang lelaki. Selalu aku beli penulisnya perempuan. Cerpen-cerpen yang terkandung dalam buku tersebut adalah :-
1) Rancanganku Rancangan-Mu
2) Kedondong untuk Cikgu
3) Tetamu Istimewa
4) Mercun dari Kuala Lumpur
5) Bunga Telur Kenduri Kahwin
6) Kuih Bakul Limau Mandarin
7) Haruan di Pinggir Sawah
8) Pusaka Tanpa Nilai
9) Piala Penentuan
10) Rombongan Masuk Jawi
11) Setitis Budi, Semarak Kasih
12) Hanya Geran
13) Pulut Durian Santan Kelapa
14) Muhammad al-Islam
15) Tentang Waris
Secara keseluruhan, cerpen-cerpen yang terkandung sangat menarik dan digarap cantik. Kagum dengan idea-idea penulis. Cerpen-cerpen yang terkandung mengisahkan tentang kekeluargaan, persahabatan, nilai-nilai murni dan bertemakan kasih sayang yang sesuai dengan diri remaja. Antara cerpen yang aku suka Setitis Budi Semarak Kasih. Kisah pengorbanan seorang ayah dan anaknya yang sentiasa memikirkan tentang ayahnya.
Selain cerpen itu, Kedondong untuk Cikgu dan Haruan di Pinggir Sawah juga menarik. Kisah konflik antara cikgu dan anak muridnya. Namun konflik tersebut akhirnya dapat dileraikan. Dan cerpen Tetamu Istimewa pun membuatkan aku terfikir sejenak apakah yang dimaksudkan dengan 'tetamu'. Membaca permulaan cerpen itu membuatkan aku meneruskan pembacaan kerana diri tertanya-tanya apakah itu? Cerpen ini yang unik antara cerpen-cerpen yang lain. Walaupun buku ini tidaklah setebal mana namun aku mengambil masa juga untuk menghabiskannya. Kadang baca sampai tertidur. Bukan kerana buku tersebut tidak menarik tapi memang gitu aku kalau membaca. Cikgu jangan berkecil hati ye.:D
Itu sahaja ulasan aku untuk buku Tetamu Istimewa. Aku tak pandai nak ulas panjang-panjang. Memang tabik dengan idea penulis ini. Semua cerpen-cerpen beliau ada mesej yang tersendiri. Jadi tidak rugilah untuk mendapatkan buku ini untuk dijadikan bahan bacaan kita. Boleh berhubung sendiri dengan penulis di blognya di SINI. Penulis ada buat promosi jualan buku tersebut. Dapatkan segera! Sekian dan wassalam...
Aku Penulisnya,
Fyda Adim
Wednesday, August 13, 2014
Sambungan Cerpen Air Mata Syawal
Aku duduk di sebuah bangku batu yang berada di tepi tasik. Pandanganku dilempar jauh ke arah tasik yang tenang petang itu. Sesekali kelihatan pengunjung yang melalui susur pejalan kaki di tepi tasik. Jam di tangan kiri sempat aku kerling. Jarum jam sudah menunjukkan jam 5.00 petang. Sementara menanti kedatangannya, telefon bimbit di tangan sudah beberapa kali ditekan. Namun tiada sebarang kiriman pesanan ringkas mahupun panggilan yang masuk. Aku mengeluh perlahan.
“Yatt...”
Aku segera berpaling sebaik sahaja mendengar seseorang memanggil
namaku.
“Ingatkan kau tak datang?” soalku dan Zalila pun mengambil tempat
bersebelahan denganku.
“Ada apa yang sampai kau nak jumpa aku
dekat sini?” Tanpa menjawab soalanku
tadi Zalila pula yang mengajukan soalan padaku.
Pandangannya turut dilemparkan ke arah tasik sejak sampai tadi. Aku mendengus perlahan tapi dengusan itu
masih lagi boleh didengar.
“Tunggu suami aku datang sebab aku
perlukan penjelasan daripada kau dan suami aku.” Aku tahu wajah Zalila diterpa hairan atau
dibuat-buat hairan kerana sesungguhnya dia tentu sudah menduga apabila aku
menyebut perkataan ‘kau dan suami aku’ itu.
“Assalamualaikum...” Salam suci kesejahteraan kedengaran daripada
suara garau seseorang yang cukup aku kenali.
Salam itu serentak dijawab oleh aku dan Zalila.
“Yatt, kenapa nak jumpa abang? Tak boleh
bercakap dekat rumah ke?” Soal suamiku
yang sudah berdiri berhadapan dengan aku dan Zalila.
“Yatt tak nak kita bercakap di rumah sebab
tak mahu anak-anak dengar.”
“Kenapa ni Yatt? Sebab hal apa ni
Yatt?” Tanya suamiku lagi yang aku
nampak sedang berpura-pura menutup perbuatannya.
“Abang, jangan nak bohong Yatt. Yatt dah tahu semuanya. Selama ini Yatt pekakkan telinga bila dengar orang
cakap pasal abang dan Lak. Tapi sekarang
semuanya sudah terbuki.” Jawabku
perlahan.
“Apa yang Yatt cakapkan? Abang tak ada
apa-apa hubungan dengan Lak.” Sangkal
suami bersungguh-sungguh. Telefon
bimbitku hulurkan pada lelaki itu.
Dua
hari lepas, Allah telah gerakkan
hatiku untuk melihat telefon bimbit suamiku. Aku terbaca pesanan ringkas
antara suamiku dan Lak yang bersayang bagai
bunyinya. Sebelum ini, aku tidak pernah
terfikir langsung mahu memeriksa telefon bimbit lelaki itu. Perasaan
curiga pada lelaki itu jauh sekali
tetapi hari itu hatiku berkecai bagaikan kaca yang terhempas ke lantai.
Remuk-redam. Ianya bagaikan merentap nyawaku. Lelaki itu terpaku saat
melihat skrin
di telefon bimbitku.
“Lak, kenapa kau buat aku macam ni? Kau
tahu kan dia tu suami aku? Sanggup kau musnahkan kebahagiaan rumahtangga kawan
baik kau sendiri?” Soalku pada Zalila
yang aku panggil Lak. Aku sudah tidak dapat mengawal perasaan marah yang sedang
membelenggu dalam diri sebaik sahaja aku dapat menghidu perhubungan sulit
antara suami dan sahabat baikku sendiri.
Terasa
kesabaran dan keimananku sudah
semakin menipis. Senipis-nipis kulit
bawang. Aku sudah tidak dapat mengawal
perasaan. Emosiku diganggu pelbagai
rasa. Terasa diri seperti tidak dihargai
apabila ditipu bulat-bulat. Air mataku
semakin menderas membasahi pipi.Tidak
dapat ditahan-tahan lagi. Aku pandang
lelaki itu yang masih lagi matanya tertancap pada skrin telefon
bimbitku. Masing-masing berdolak-dalik selama ini. Aku ditipu dengan
lakonan mereka berdua selama ini. Sejauh mana pembohongan akan
berterusan. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan
jatuh juga. Telefon bimbitku sudah
bertukar tangan. Kali ini Lak pula yang
melihatnya.
“Kenapa you tak padam mesej dengan gambar I?” Aju Lak pada suamiku sebaik sahaja
melihat telefon bimbitku.
“Abang, tak ada apa-apa hubungan dengan
Lak. Percayalah!” Kata suamiku tanpa menjawab soalan Lak. Bahuku cuba dipegang namun sempat aku menepis
tangannya.
“Abang jangan cuba menidakkan benda yang
sudah terbukti depan mata.” Balasku
dengan suara teresak-esak.
“Yatt, aku dengan suami kau cuma
berkawan. Kenapa kau nak lebih-lebih
emosi ni Yatt?” Kata Lak yang selamba
seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
“Kau kata kawan?Hantar gambar kau pada
suami orang, mesej sayang itu ke kau panggil kawan?Istilah apa yang kau guna
Lak?
“Pasal
gambar tu...Aku sebenarnya salah
hantar. Sebenarnya aku nak hantar gambar
tu pada suami aku tapi aku terhantar pada suami kau. Itu je. Tak ada apa
masalah pun Yatt.” Padaku, apa yang disampaikan Lak cukup tidak masuk
dek akal.
“Kau nak hantar gambar pada suami
kau. Macam tak logiklah Lak. Takkan kau tak boleh tengok nama suami kau
dengan aku?Aku tahu kau ada motif lain di sebalik itu.”
“Yatt, sudahlah. Abang tak ada apa-apa dengan Lak. Lagipun Lak cuma meluahkan masalahnya pada
abang tentang suami dia. Yatt pun tahu
suami dia tak bekerja?Suami dia selalu tak ada di rumah. Suka berpeleseran. Lak tak ada kawan untuk dia meluahkan
kekosongan hatinya. Apa salahnya abang
jadi pendengar untuk dia. Abang
kasihankan pada dia.”
"Abang kata Lak tak ada kawan untuk bercerita?Habis Yatt ni bukan kawannya?Tak boleh ke dia bercerita pada Yatt?Kenapa mesti dia ceritakan masalahnya pada abang?" Soalku bertalu-talu. Masing-masing terdiam.
"Abang kata Lak tak ada kawan untuk bercerita?Habis Yatt ni bukan kawannya?Tak boleh ke dia bercerita pada Yatt?Kenapa mesti dia ceritakan masalahnya pada abang?" Soalku bertalu-talu. Masing-masing terdiam.
“Abang, kenapa abang buat Yatt begini?Apa
salah Yatt? Abang tahu kan Lak kawan baik Yatt?”Soalku lagi.
“Yatt tak ada salah apa-apa pada
abang. Apa pun terjadi kasih sayang
abang pada Yatt dan anak-anak tetap sama. Tak pernah berubah sekali pun.”
Balas lelaki itu dengan nada bersahaja.
“Sudahlah, bang. Semuanya sudah jelas terbukti. Yatt sudah ada buktinya. Selama ni Yatt dengar sahaja apa yang
kawan-kawan abang sampaikan pada Yatt.”
Tangkasku tegas.
“Jangan percaya cakap orang. Mereka fitnah
abang sebab cemburu tengok abang hidup bahagia dengan Yatt.” Aku sekadar tersenyum sinis mendengar bicara
lelaki itu. Apa yang diperkatakan lelaki
itu sedikit pun tidak menyentuh hatiku ini. Suamiku sekadar mahu menutup segala perbuatannya selama ini.
“Kenapa
orang nak fitnah abang pula? Bukti
yang Yatt ada bukan orang lain yang sampaikan pada Yatt. Itu daripada
abang sendiri. Mesej sayang dengan Lak pun abang masih nak
berdolak-dalih lagi dengan Yatt?”
“Yatt, kau ni tak habis-habis nak dengar
cakap orang kan?Suami aku pernah curang dengan aku bukan sekali dua tapi aku
tak pernah pun nak dengar cakap orang. Nak tanya orang sana sini. Jangan
jadi seperti orang tak matang, Yatt. Kalau kau bersikap sebegini kau merosakkan suami kau sendiri.” Sampuk Lak pula.
“Kau jangan nak samakan aku dengan kau,
Lak. Sebab suami kau pernah curang
dengan kau, itu sebab kau pun nak curang dengan suami kau pula. Perempuan jenis apa kau ni?Matang sangat ke
kau dengan berkelakuan sebegini?Kenapa pula aku yang merosakkan suamiku
pula. Aku tak buat apa-apa!” Herdikku pada Lak. Biarlah dia mahu terasa hati sekalipun aku
sudah tidak kisah.
“Cara kau buat macam ni bukan buat suami
kau rapat dengan kau lagi, Yatt. Kau dah
buat satu jurang yang besar antara kau dengan suami kau.” Tempelak Lak padaku.
“Kenapa aku pula yang kau cuba
persalahkan?” Soalku pada Lak.
"Kau
suka dengar cakap orang, Yatt. Kau tanya-tanya kawan-kawan kita pasal
aku dan suami kau. Kau rasa perbuatan kau tak memalukan suami
kau?Sepatutnya kau sebagai seorang isteri patut menjaga maruah suami
kau." Kata Lak panjang lebar tanpa ada secebis perasaan bersalah dalam
dirinya. Dia cuba mencari salah aku.
"Perbuatan
aku memalukan?Perbuatan kau pula tidak memalukan ke Lak?Ada suami tapi
berhubung dengan lelaki lain?Dengan suami kawan baik kau sendiri!"
Suaraku sudah agak meninggi.
“Kalau
aku tahu apa-apa jadi pada suami
kau, aku tidak akan duduk diam. Orang
yang cuba nak apa-apakan suami kau akan dapat susah.” Ugut Lak tegas.
Aku keliru. Lelaki yang sedang dipertahankannya itu adalah suamiku.
Kenapa dia pula yang melebih-lebih. Aku semakin keliru dengan
tindak-tanduk Lak. Hilang akal ke apa?Malas mahu bertegang urat dengan
orang yang
tidak mahu mengaku akan kesilapannya.
“Abang
tahu tak Zalila tu masih lagi isteri orang?Abang tahu ke tidak?Abang tahu tak
batas-batas agama?Apa hukumnya menjalinkan hubungan sulit dengan isteri
orang?” Aku lempiaskan semua yang
terbuku di dalam hati pada lelaki itu.
Aku cukup kecewa dengan lelaki itu.
“Abang minta maaf Yatt. Abang tahu abang bersalah dalam hal
ini.” Perlahan sahaja bicara lelaki
itu. Aku mendengus kuat. Geram.
Segalanya bermula apabila Zalila selalu
menjadikan suamiku tempat dia meluah rasa. Dia sering mencari suamiku saat dia mempunyai masalah dengan
suaminya. Aku juga tahu Zalila ada
berhubung dengan suamiku namun aku tidak sangka bahawa hubungan mereka ke tahap
serius sehingga menimbulkan rasa sayang pada mereka.
“Lak, kau pun tahu status kau sebagai
seorang isteri. Kau tak rasa berdosa ke
pada suami kau?Aku tak sangka sebegini perangai kau, Lak!”
Zalila
hanya tersenyum sinis. “Aku dan
suami aku akan bercerai tidak lama lagi. Jadi tak salah kalau aku
berhubung dengan suami kau. Malah dengan sesiapa sahaja aku bebas untuk
berkawan.” Kata-kata Zalila membuatkan
darahku membuak-buak hingga ke kepala.
“Untuk pengetahuan kau, aku selesa
berkawan dengan suami kau. Aku
sangat-sangat selesa bila aku bersama dengannya. Tak semestinya aku dan suami kau rapat kita
orang akan berkahwin.” Berpinar-pinar
rasanya pandanganku saat mendengar pengakuan jujur daripada Zalila. Apa benarkah ini kawan baikku? Perangainya
membuatkan aku seakan tidak mempercayai.
“Atau kau sebenarnya cemburu tengok
kemesraan antara aku dengan suami kau?”
sambung Lak lagi seraya tergelak kuat. Hampir sahaja tangan kananku mahu menghinggap ke pipi Lak namun sempat
ditahan suamiku. Nafas di dadaku
berombak kencang. Kesabaranku seperti
diragut-ragut ketika ini.
"Yatt, kalau abang mahu berkahwin pun abang mampu. Abang lelaki. Lelaki boleh berkahwin empat!"
“Sekarang
abang beritahu pada Yatt. Abang pilih Yatt atau Zalila?” Lelaki itu
tidak menjawab. Pandangannya ditundukkan. Aku menanti apa sahaja yang
terkeluar
daripada mulutnya.
“Abang masih sayangkan Yatt. Abang sayangkan anak-anak. Kasih sayang abang tidak pernah berubah, Yatt.”
“Jangan
abang ucapkan sayang lagi pada
Yatt. Sayang abang pada Yatt sudah
berbeza sebab abang sudah mula sayang pada Zalila.” Lelaki itu sekadar
membisu. Aku kesat air mata yang bersisa di pipi. Buat apa aku mahu
menangisi seseorang yang
sudah beralih kasih.
“Abang pilihlah antara Yatt dengan
perempuan itu. Mana yang baik pada abang. Cuma satu sahaja yang
Yatt nak beritahu pada abang. Yatt tak
rela untuk berkongsi. Kalau abang tak
pilih Yatt sekalipun Yatt reda. Ada
hikmah atas apa yang terjadi pada Yatt. Seandainya abang mahu menikahi dia, lepaskan Yatt dan anak-anak biar
Yatt yang jaga.” Itu sahaja yang mampu
aku lafazkan kerana saat ini hatiku sangat terluka dan kecewa.
*****
“Yatt...”
Aku tersentak saat bahuku dirangkul kemas dari belakang. Lamunanku hilang serta-merta. Tanpa sedar air mata sudah berjujuran
membasahi pipi.
“Yatt, kenapa Yatt diam dari tadi? Zalila cakap dengan Yatt tu,” beritahu suamiku yang sudah berdiri di
sebelahku. Aku menarik nafas dalam-dalam
dan dihela perlahan.
“Yatt, sekali lagi aku mohon pada
kau. Aku datang ke sini untuk memohon
ampun pada kau. Aku berdosa pada
kau. Aku dah banyak menganiaya kau. Sebenarnya aku cemburu sebab kau hidup
bahagia. Kau ada suami yang penyayang
sedangkan aku waktu itu suamiku tidak pernah endah tentang aku. Aku cari jalan untuk memporak-perandakan
rumahtangga kau. Aku cuba dekatkan diri
dengan suami kau.” Bicara Zalila perlahan
sambil tersedu-sedu menhan tangisnya yang masih bersisa.
“Yatt,
sudahlah. Maafkanlah dia. Dia datang nak minta maaf pada Yatt. Yatt
sendiri beritahu abang setiap manusia
tidak lari daripada melakukan kesilapan.” Kata-kata suamiku membuatkan
aku tersedar. Macam mana marah pun aku pada Zalila, siapalah
aku untuk tidak memberi kemaafan padanya.
“Mana suami kau, Lak? Macam mana kau boleh
jadi macam ni?” Soalku ingin tahu.
“Dia
dah tinggalkan aku. Aku kemalangan semasa aku cuba mengejar suami
kau malam tu sebab dia ternampak aku dengan lelaki lain. Aku memang
curang. Tak pernah setia dengan suami aku.” Beritahu Zalila lemah.
“Itulah sebabnya abang kembali pada
Yatt. Masa tu baru abang tahu siapa
Zalila yang sebenarnya. Abang buta hati,
Yatt. Allah tunjukkan pada abang
kebenarannya supaya abang tidak tersasar lebih jauh,” sampuk suamiku pula. Aku hanya termangu mendengar satu-persatu
penjelasan. Kisah yang sudah
bertahun-tahun aku cuba lupakan tetapi pada hari ini baru kisahnya dapat
diketahui secara umum.
“Aunty,
maafkanlah ibu saya. Ibu sudah banyak
berubah. Dia sudah bertaubat. Lagipun ibu tidak akan hidup lama kerana
doktor telah mengesahkan yang ibu menghidap kanser rahim peringkat empat. Maafkanlah ibu sebelum ibu pejam mata, aunty.”
Air mataku mengalir lagi. Semakin menderas. Mendengar bicara anak gadis Zalila membuatkan
aku bertambah sedih. Pilu. Aku terus mendapatkan Zalila dan aku peluk
dia erat. Seerat-eratnya. Pelukan yang sudah lama ditinggalkan. Aku menangis sepuas-puasnya.
“Aku sudah dapat balasan daripada
perbuatan jahatku, Yatt. Allah dah
berikan aku balasan atas perbuatan aku menganiaya kawan baikku sendiri.” Tutur bicaranya menambahkan runtun di
hatiku. Aku tidak membalas
kata-katanya. Hanya tangisan sahaja yang
kedengaran. Begitu juga dengan Zalila
terhinggut-hinggut bahunya menahan tangisnya yang masih bersisa.
“Aku
maafkan kau, Zalila.” Itu sahaja yang mampu aku ucapkan
buatnya. Sesungguhnya kemaafaan itu
sebuah dendam yang terindah dan lebih bermakna. Syawal kali ini lebih
bererti kerana menemukan aku dengan insan yang pernah menjadi
sahabat baikku suatu ketika dahulu.
TAMAT
Nota : Jika ada yang terkurang pada cerpen ini harap dimaafkan. Saya hanya menulis berdasarkan apa yang terlintas.
Wednesday, August 6, 2014
Cerpen : Air Mata Syawal
Laungan takbir raya yang mendayu-dayu mulai memecahkan kesunyian alam. Sayup-sayup kedengaran takbir yang mula bergema di segenap
ruang angkasa raya. Subuh hening itu menjadi sayu namun awan pagi menampakkan keriangan
menyambut hari lebaran yang tiba. Tatkala mendengar takbir raya
yang sedang bergema, hatiku tiba-tiba diruntun hiba. Hati siapa yang tidak tersentuh tatkala mendengar
takbir raya yang berkumandang. Bukan sahaja yang berada di perantauan, malah
sesiapa sahaja akan turut merasainya. Nadanya
bukan sekadar menyapa halwa telinga sebaliknya menyelusup masuk hingga ke jiwa
bagi mengagungkan Allah, tuhan sekalian alam.
Aku yang sudah bersiap mengenakan baju
kurung biru lembut dan bertudung litup sedondon, duduk di buaian luar rumah
sementara menunggu suami dan anak-anak bersiap. Seperti tahun-tahun sebelumnya,
usai solat subuh kami bersiap untuk menziarahi pusara terlebih dahulu sebelum
melangkah ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Entah kenapa pagi ini aku bersiap lebih awal
daripada tiga beranak itu. Sejak semalam
terasa tidak sedap hati. Berdebar-debar. Mata kanan pula asyik berkedip-kedip.
‘Orang jauh mana pula yang aku nak
jumpa,’ bisik hatiku sendiri sambil
terus melayan perasan.
“Termenung apa tu pagi raya ni Puan Yatt
oi?” suara garau yang menyapa telinga segera
mematikan lamunanku. Suara garau itu milik suamiku. Aku segera berpaling lantas
melemparkan senyuman pada lelaki yang sedang berdiri di muka pintu. Suamiku sudah
siap berbaju melayu berwarna biru lembut serta bersampin kain songket. Lelaki itu tetap
nampak segak di mataku walaupun usianya sudah melewati angka 40-an. Senyuman turut
terukir di bibir lelaki itu lalu menampakkan lesung pipit pada kedua belah
pipinya. Lesung pipit yang mahal dan mencairkan hatiku.
“Mana ada Yatt termenung bang,” sangkalku cepat-cepat.
“Abang dah berdiri lama kat sini, Yatt. Janganlah
nak bohong abang. Yatt melayan perasaan sampai tak perasan abang kat sini. Kalau sudah termenung jauh adalah yang awak
fikirkan tu. Bukan abang tak boleh baca perangai awak.” Panjang lebar jawab lelaki itu lalu
melabuhkan punggung bersebelahanku. Aku hanya diam tidak berkutik. Memang benar
kata lelaki itu tetapi aku tidak tahu bagaimana mahu meluahkan padanya apa yang
sedang membelenggu diriku.
Beberapa minit kemudian, muncul pula anak
gadis dan anak terunaku. Qistina sudah menjinjit beg telekung dan Qayyid pula
sudah siap bersongkok. Setelah memastikan pintu rumah sudah berkunci, kami
empat beranak beredar meninggalkan rumah.
*****
Usai menunaikan solat sunat Aidilfitri, kami terus
pulang ke rumah. Sebaik sahaja tiba di rumah, seperti biasa kami sekeluarga
akan bersalam-salaman memohon kemaafan sesama sendiri. Saat ini yang paling
menyebakkan diriku. Aku cuba menahan sendu apabila mula menghulurkan tangan
untuk bersalaman.
“Abang, Yatt nak mohon maaf dari hujung
rambut sampai hujung kaki. Halalkan
makan minum Yatt selama Yatt menjadi isteri abang. Maafkan Yatt kalau selama ini ada perbuatan
Yatt melukakan hati abang, buat abang terasa hati,” kataku sendu sebaik sahaja aku sudah duduk
berhadapan dengan suamiku. Lelaki itu mengucup
dahiku perlahan menambahkan sendu di hati lalu aku cium tangan lelaki itu.
“Yatt, abang patut minta maaf pada
Yatt. Abang yang pernah bersalah pada
Yatt. Abang pernah melukakan hati Yatt
dan Yatt masih boleh menerima abang walaupun abang tahu jauh di sudut hati Yatt
menyimpan rasa. Abang rasa sangat
berdosa pada Yatt,” tutur suamiku
perlahan membuatkan aku tergamam. Aku
merenung anak mata lelaki itu. Dalam-dalam. Lantas suamiku
menundukkan sedikit wajahnya. Melarikan
daripada terus direnung olehku.
‘Kenapa perlu diingatkan lagi kisah lama,’
desis hatiku. Aku menggenggam erat
tangan suamiku.
“Abang, kenapa perlu diungkit kisah
lama. Kita dah janji untuk melupakan
segalanya. Itu silap abang, mungkin ada
juga silap yang datang daripada diri Yatt juga. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan, bang. Kita hanya manusia yang serba kekurangan.”
“Abang tak tahu kenapa hari ini abang
terasa pilu sangat lebih-lebih lagi bila abang memandang air muka Yatt. Isteri abang yang pernah abang lukakan suatu
ketika dulu,” sambung suamiku
perlahan. Ada sendu dalam bicaranya.
“Sudahlah bang. Hari ini adalah hari untuk kita
bergembira. Bukan untuk kita
bersedih. Kita patut bersyukur kerana
kita masih lagi diberi peluang untuk hidup sebagai suami isteri. Kita masih dapat merasai nikmat sebuah
keluarga yang bahagia walaupun kita hampir-hampir...” Aku tidak dapat meneruskan kata-kata. Air mata sudah menderas di tebing pipi. Begitu juga dengan suamiku. Lelaki itu turut menangis!
Walaupun kisah itu sudah berlalu
bertahun-tahun lamanya namun kisah itu masih segar dalam ingatanku. Tiada satu
pun yang pernah luput dari kotak fikiranku. Aku hampir dibuang oleh lelaki yang
sedang duduk di hadapanku. Namun saat aku telah memaafkan lelaki itu, kisah itu
tidak perlu diungkitkan lagi. Kisah itu hanyalah masa silam. Masa silam yang menyakitkan hati tidak perlu
lagi dikenang-kenang.
“Tina! Tolong mama letakkan mangkuk ketupat ni atas meja makan,” laungku pada anak daraku yang sedang kalut mengisi kuih raya ke dalam balang merah jambu. Siapa lagi yang mahu diharapkan kalau tidak pada anak dara yang satu itu.
“Tina! Tolong mama letakkan mangkuk ketupat ni atas meja makan,” laungku pada anak daraku yang sedang kalut mengisi kuih raya ke dalam balang merah jambu. Siapa lagi yang mahu diharapkan kalau tidak pada anak dara yang satu itu.
“Mana mama?” soal Qistina sebaik muncul di ruang
dapur. Aku hanya memuncungkan mulut ke
arah mangkuk ketupat yang sudah terletak di atas kabinet.
“Susun atas meja itu elok-elok. Jangan berterabur ye sayang, “ Pintaku lembut sebelum Qistina menghilang
dari ruang dapur.
Saat aku sedang sibuk di dapur, kedengaran
bunyi loceng pintu yang ditekan beberapa kali.
Dari arah dapur aku terdengar suamiku menjawab salam lalu pintu dibuka.
Tidak lama kemudian, kedengaran namaku
pula dipanggil lalu aku mencapai tudung sengkuap yang sedia tergantung di
kerusi. Aku bergegas ke depan seraya
menyarungkan tudung sengkuap yang sudah berada di tangan.
Langkahku terhenti di muka pintu sebaik
sahaja terpandang ke arah seorang wanita di atas kerusi roda di perkarangan
rumah. Wanita itu mengenakan baju kurung
berwarna krim, berselendang putih serta berkaca mata hitam. Di belakang wanita itu pula kelihatan seorang
gadis manis yang juga mengenakan baju kurung moden. Pada pemikiranku mungkin umurnya sebaya
dengan Qistina. Aku menapak menghampiri
suami dan anak-anakku yang sudah berada di luar rumah.
“Assalamualaikum.” Salam kesucian kesejahteraan dihulurkan wanita
itu. Salam itu segera aku jawab tanpa
rasa ragu-ragu.
“Siapa ni bang?” soalku pada suamiku. Sedikit terpinga-pinga.
Suamiku memandang aku sepintas lalu dan
berkata, “ Yatt tak kenal ke?” Bahuku
dirangkul lembut oleh lelaki itu. Aku
hanya menggeleng. Memang aku gagal mengenali
wanita yang berada di depanku. Puas aku
mengecam. Namun tidak aku ketemui jawapannya. Siapakah gerangan susuk tubuh yang berkerusi roda ini? Adakah aku
mengenalinya?
“Yatt, kau tak kenal aku lagi ke?” soal wanita itu lantas menanggalkan kaca mata
hitamnya. Aku agak terkejut apabila
namaku disebut wanita itu. Aku mengatur langkah
menghampiri wanita berkerusi roda itu. Wajahnya yang agak berparut menyukarkan aku untuk mengecamnya. Aku renung sedalam-dalam wajah wanita itu
saat aku sudah berdiri hanya beberapa langkah daripadanya. Wajahnya nampak pucat tanpa sebarang alat
solek.
“Zalila?”
Itu sahaja yang terpacul daripada mulut sebaik sahaja mataku tertancap
pada tahi lalat di pipi kanannya. Tanda itu sudah cukup membuatkan aku
mengenali siapa gerangan wanita itu walaupun antara kami telah bertahun tidak
bersua muka sejak peristiwa itu. Namun
seraut wajah itu tidak pernah aku lupakan hingga kini kerana dia pernah hadir
dalam hidupku sebagai seorang sahabat baik sebelum dia mengkhianatiku.
Dia hanya memandang tepat pada anak
mataku. Kelihatan manik-manik jernih di
tubir matanya. Aku cuba mengawal emosi. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dihalau
keluar jika difikir-fikirkan balik apa yang telah dilakukannya padaku. Cepat-cepat aku beristighfar. Memohon pada-Nya
semoga diberi kesabaran yang menebal di dalam diri.
“Kenapa kau datang rumah aku?” Mendatar sahaja suaraku melemparkan soalan
pada Zalila. Sedikit bergetar. Dia masih membisu sehinggalah anak gadisnya
bersuara.
“Aunty
Yatt, maafkanlah ibu. Ibu datang
rumah aunty hari ini sebab dia nak
sangat berjumpa dengan aunty. Ibu nak minta maaf dengan aunty.
Tolong maafkan ibu, aunty.” Lirih anak gadis yang masih lagi tidak
berganjak di belakang kerusi roda ibunya.
Perasaanku menjadi sayu. Hatiku menjadi lemah mendengar luahan anak
gadis itu. Aku menjadi serba salah. Bila diingatkan apa yang telah aku hadapi
lima belas tahun yang lalu, membuatkan aku benci pada Zalila. Benci yang sangat dalam bak api marak yang
tidak pernah terpadam. Dia hampir
meragut kebahagiaan rumahtanggaku. Aku
hampir berpisah dengan suamiku disebabkan dengan pengkhianatan Zalila padaku.
*****
Bersambung....
Thursday, June 19, 2014
Jangan Dustai Cinta
JANGAN DUSTAI CINTA
Aku...
Menyayangimu sepenuh hati
Apa saja kemahuanmu
Akan cuba aku penuhi
Demi membahagiakan dirimu...
Aku...
Mencintaimu setulus hati
Seluruh jiwa dan raga
Tanpa rasa ragu dalam diri
Biar dirimu tidak kaya raya...
Aku...
Menerimamu dengan ikhlas hati
Biarlah dirimu tidak sempurna
Mendambakan hanya kesetiaan diri
Jangan pernah khianati diri ini
Aku...
Menginginkan diri ini dihargai
Biarlah sayang berpanjangan ke akhirnya
Susah senang bersama diharungi
Jangan pernah dirimu lupa
Aku...
Mengharapkan diri ini terus dicintai
Sumpah setia yang pernah termeterai
Jangan pernah diingkari
Jangan pernah didustai...
Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim
#AkuBukanNovelis
Aku...
Menyayangimu sepenuh hati
Apa saja kemahuanmu
Akan cuba aku penuhi
Demi membahagiakan dirimu...
Aku...
Mencintaimu setulus hati
Seluruh jiwa dan raga
Tanpa rasa ragu dalam diri
Biar dirimu tidak kaya raya...
Aku...
Menerimamu dengan ikhlas hati
Biarlah dirimu tidak sempurna
Mendambakan hanya kesetiaan diri
Jangan pernah khianati diri ini
Aku...
Menginginkan diri ini dihargai
Biarlah sayang berpanjangan ke akhirnya
Susah senang bersama diharungi
Jangan pernah dirimu lupa
Aku...
Mengharapkan diri ini terus dicintai
Sumpah setia yang pernah termeterai
Jangan pernah diingkari
Jangan pernah didustai...
Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim
#AkuBukanNovelis
Wednesday, April 2, 2014
Sajak : Kerana Terluka
Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
KERANA TERLUKA
Duhai hati...
Sekali terluka memberi rasa-rasa berbisa
Saat itu diri dihimpit duka dan lara
Bukan mudah merawat setelah terluka
Dalam air mata yang meluruh hati berdoa
Berdoa selagi diri terdaya
Agar diri tidak diselubungi pelbagai rasa
Demi sekeping hati yang tidak mudah diselami
manusia
Hanya rintihan doa menjadi peneman jiwa
Duhai hati...
Saat diri mahu menyembah bumi
Diri tidak mampu menanggung segala
Diadu merintih penuh syahdu padaNya
Demi mengubati hati yang sedang terluka
Duhai hati...
Jangan dikenang peristiwa lama
Yang tidak akan mengubah apa-apa
Jika redha pengubat segala rasa
Pasti tenang merentas peristiwa yang tidak terduga...
Foto : Carian Google
KERANA TERLUKA
Duhai hati...
Sekali terluka memberi rasa-rasa berbisa
Saat itu diri dihimpit duka dan lara
Bukan mudah merawat setelah terluka
Dalam air mata yang meluruh hati berdoa
Berdoa selagi diri terdaya
Agar diri tidak diselubungi pelbagai rasa
Demi sekeping hati yang tidak mudah diselami
manusia
Hanya rintihan doa menjadi peneman jiwa
Duhai hati...
Saat diri mahu menyembah bumi
Diri tidak mampu menanggung segala
Diadu merintih penuh syahdu padaNya
Demi mengubati hati yang sedang terluka
Duhai hati...
Jangan dikenang peristiwa lama
Yang tidak akan mengubah apa-apa
Jika redha pengubat segala rasa
Pasti tenang merentas peristiwa yang tidak terduga...
Sajak: Sebuah Harapan
Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Di saat diri ini kosong
Tercari-cari akan sesuatu
Yang masih belum digapai
Pasti jiwa meronta-ronta
Usah berpaling ke belakang
Terus mara ke hadapan
Dalam mencapai sebuah harapan
Azam pasti sentiasa tersemat
Biarlah mereka berkata-kata
Anggap sebagai pembakar semangat
Meneruskan perjuangan diri
Demi meraih impian
Gagal bukan melemahkan diri
Putus asa bukan ubatnya
Usaha adalah penawar sebenar
Demi sebuah impian diri
Agar ia dalam genggaman
Foto : Carian Google
Di saat diri ini kosong
Tercari-cari akan sesuatu
Yang masih belum digapai
Pasti jiwa meronta-ronta
Usah berpaling ke belakang
Terus mara ke hadapan
Dalam mencapai sebuah harapan
Azam pasti sentiasa tersemat
Biarlah mereka berkata-kata
Anggap sebagai pembakar semangat
Meneruskan perjuangan diri
Demi meraih impian
Gagal bukan melemahkan diri
Putus asa bukan ubatnya
Usaha adalah penawar sebenar
Demi sebuah impian diri
Agar ia dalam genggaman
Tuesday, April 1, 2014
Salam Perkenalan
Teks :Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entri pertama ini akan diperkenalkan serba sedikit mengenai kewujudan blog ini. Blog ini akan menjadi perantara untuk saya belajar menghasilkan penulisan yang diilhamkan sendiri hasil daripada imaginasi saya. Walaupun masih lagi berdingkit-dingkit dalam dunia penulisan, akan tetap diteruskan juga jika ada waktu senggang saya.
Minat dalam penulisan sejak di bangku sekolah cuma tidak diperluaskan lagi kerana waktu itu diri ini tidak didedahkan dengan dunia luar. Cuma menulis pada sebuah diari waktu itu. Kemudian tahun 2009 saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog ke hari ini. Suami yang menjadi pendorong utama saya dalam dunia blogger ini. Akhirnya jatuh cinta dengan penulisan sehinggalah saya bertemu dengan seorang sahabat yang jauh usianya dengan saya. Walaupun perbezaan usia tujuh tahun, tapi kami boleh berkongsi minat yang sama. Biarlah orang hendak berkata janji kami tidak kacau sesiapa. Hanya memenuhi apa yang kami minat.
Maka hari ini wujudlah blog ini. Nama blog yang tercetus gabungan nama saya sendiri serta anak-anak yang menjadi kekuatan diri dan mengajar saya lebih matang. Amryana iaitu Ammar dan Adriana. Harta saya dunia akhirat.
Moga saya peroleh apa yang diimpikan selama ini. Diri ini hanyalah insan biasa. Perlukan dorongan daripada semua. Jika ada teguran dan penambahbaikan dalam penulisan saya, bolehlah tinggalkan komen. Saya amat alu-alukan untuk memperbaiki diri tetapi biarlah menjaga bahasa supaya saya tidak tersentap atau apa juga perasaaan yang akan dirasai ketika membaca komen yang diberikan. Kerana saya adalah manusia biasa...
Itu sahaja entri pertama. Pada sesiapa yang singgah di sini sudi-sudilah membaca atau menjenguk garapan daripada saya. Ingat saya hanya penulis biasa-biasa sahaja.
Sekian...
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entri pertama ini akan diperkenalkan serba sedikit mengenai kewujudan blog ini. Blog ini akan menjadi perantara untuk saya belajar menghasilkan penulisan yang diilhamkan sendiri hasil daripada imaginasi saya. Walaupun masih lagi berdingkit-dingkit dalam dunia penulisan, akan tetap diteruskan juga jika ada waktu senggang saya.
Minat dalam penulisan sejak di bangku sekolah cuma tidak diperluaskan lagi kerana waktu itu diri ini tidak didedahkan dengan dunia luar. Cuma menulis pada sebuah diari waktu itu. Kemudian tahun 2009 saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog ke hari ini. Suami yang menjadi pendorong utama saya dalam dunia blogger ini. Akhirnya jatuh cinta dengan penulisan sehinggalah saya bertemu dengan seorang sahabat yang jauh usianya dengan saya. Walaupun perbezaan usia tujuh tahun, tapi kami boleh berkongsi minat yang sama. Biarlah orang hendak berkata janji kami tidak kacau sesiapa. Hanya memenuhi apa yang kami minat.
Maka hari ini wujudlah blog ini. Nama blog yang tercetus gabungan nama saya sendiri serta anak-anak yang menjadi kekuatan diri dan mengajar saya lebih matang. Amryana iaitu Ammar dan Adriana. Harta saya dunia akhirat.
Moga saya peroleh apa yang diimpikan selama ini. Diri ini hanyalah insan biasa. Perlukan dorongan daripada semua. Jika ada teguran dan penambahbaikan dalam penulisan saya, bolehlah tinggalkan komen. Saya amat alu-alukan untuk memperbaiki diri tetapi biarlah menjaga bahasa supaya saya tidak tersentap atau apa juga perasaaan yang akan dirasai ketika membaca komen yang diberikan. Kerana saya adalah manusia biasa...
Itu sahaja entri pertama. Pada sesiapa yang singgah di sini sudi-sudilah membaca atau menjenguk garapan daripada saya. Ingat saya hanya penulis biasa-biasa sahaja.
Sekian...
Subscribe to:
Posts (Atom)