Wednesday, May 25, 2016

Damai Yang Hilang


Pagi hening terasa damai sekali
Dulunya hilang kini kembali
Umpama muncul sang mentari
Yang menerangi seluruh alam ini

Mendung kelabu berarak pergi
Muncul seketika sang pelangi
Yang akan mewarnai hari
Menyusuri langkahku ini

Senyuman terukir pemanis diri
Biar cantik bagaikan bidadari
Detik ini haruslah dihargai
Biarpun datangnya hanya sesekali.

Nukilan,
Fyda Adim

Thursday, May 12, 2016

Menyertai Antologi Cerpen Fantasi Thriller

Assalamualaikum...

Seperti biasa bila hari bekerja memang tak dapat menulis sepenuhnya di sini. Ada komitmen lain yang lebih penting. Tapi bukanlah aku tidak menulis langsung. Tulis blog masih diteruskan cuma jarang-jarang. Sekarang sibuk menulis dengan benda lain. Tak sempat menulis di sini aku usung buku nota.

Yelah, tengah datang idea nak menulis boleh terus catat dalam buku. Gitulah kekdahnya. Itu bila datang kerajinan yang tinggi. Tapi memang buku nota itu setiap hari aku bawak ke mana sahaja. Itu cara untuk membahagiakan diri sendiri. Tak kacau orang kan. So diam-diam aje. Hehehe...

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Tempoh hari aku gigih menyiapkan sebuah cerpen antologi berkenaan "Nenek". Atas semangat yang dipinjamkan oleh seseorang aku sempat siapkan cerpen tersebut. Nak tulis cerpen pun berzaman nak siapkan apa ntah lagi buku. Dalam mimpi aje.

Dalam masa dua hari rasanya aku siapkan. Sebenarnya aku dah tulis sekerat jalan, cuma habiskan. Kebetulan dalam simpanan ada pula yang kena dengan temanya. Cubalah nasib. Bila cerpen tu siap aku hantar pada seseorang yang banyak membantu aku selama aku menceburkan diri dalam dunia ini. Dia juga merangkap editor akulah kiranya.


Dua minggu lepas keputusan cerpen sudah pun dikeluarkan. Aku terima emel daripada penganjur. Seronok bila tengok cerpen-cerpen yang terpilih. Aku memang tidak mengharapkan apa-apa pun sebenarnya.


Bila nampak pulak senarai cerpen-cerpen yang 'KIV' hati seakan-akan berbunga. Penulis picisan macam aku ni dah tersenarai 'KIV' pun dah cukup buat hati ini gembira. Sekurang-kurangnya tidak direjek. Nama aku yang nombor sebelas. Cerpen bertajuk Rotan Terbelah. Bila nampak nama sendiri balik rumah baca balik cerpen sendiri. Entah apa-apa ajelah aku ni kan.

Itulah sedikit perkongsian kegembiraan aku. Ada rezeki adalah kan. Semoga ada peluang untuk melangkah ke fasa seterusnya. Setiap hari seseorang itu mengingatkan supaya menulis. Terima kasih kakak! Jangan risau menulis sudah menjadi sebahagian dalam diri ini. Belum boleh tinggal.

Wassalam.

Salam pena,



Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »