Sunday, August 18, 2024

Coretan Tengah Malam

Assalamualaikum.

Malam ini, aku kembali menulis di blog ini. Lama sungguh aku tidak mencoretkan di sini. Kekangan masa  dan bermacam-macam rutin harian yang menyebabkan aku tidak dapat meluangkan masa menulis di sini. Manuskrip kedua pun tak habis-habis apa lagi nak menulis di sini.

Malam ini, yang membawa aku ke sini sebab selepas menyembang di telefon bersama kawan baik aku selama satu jam lebih. Mula-mula aku telefon dia tak jawab kemudian dia telefon semula. Aku jawab-jawab dengar dia melontar kata.

"Nampak tak effort saya call akak semula supaya akak tak merajuk? Ni kalau tak sayang kawan akak juga ni tak taulah nak kata apa."

Hahaha. 
Gigihkan seketul kawan aku tu.

Aku balaslah, yelah aku telefon tadi pun mengenangkan kau sorang. Nak tanyalah kau makan apa? Buat apa? Nampak tak effort aku juga?

Masing-masing tergelak di hujung talian.
Meriah menyembang walau hanya dalam talian.

Sampailah dia mengendurkan suaranya dan berkata, "Akak busy ke? Saya ingat nak deep talk."

"Ko kenapa? Sedih aje suaranya."

"Akak boleh rasa?"

Alahai. Soalan mengundang. Macam aku tak kenal pulak.

Lalu, dia pun bercerita.
Mujurlah aku pernah merasai apa yang digusarkannya.

Jawapannya, beri masa dan ruang untuk diri sendiri.

InsyaAllah, jawapannya akan diketahui. 
Percayalah wahai sahabat!

Yang kelakar, saya tadi menangis.

"Kenapa kau menangis sorang-sorang?" soal aku.

Mengundang juga soalan aku. 
Hahaha.

Entahlah, aku sedih sebab aku tak ada depan dia.
Bukan apa, sebab dia pernah ada waktu aku menangis suatu ketika dulu.

Ini bukan sebab keluarga tak menangis juga untuk aku.
Tapi ini di suatu tempat yang buat aku menangis dan dia ada yang keluarga aku tak boleh ada sekali. 
Gigih kan aku menjelaskan?

Sekarang ni kan orang suka bersangka-sangka. Jadi kita jelaskan sikit ajelah bagi jelas. 
Begitulah.

Aku akan doakan kau akan temui apa yang kau cari.
Apa yang kau nak.

Hidup ini adalah pilihan.
Adakalanya kita perlu bijak memilih agar tidak tersakiti dan disakiti.
Jadi biarlah pilihan itu yang terbaik.

Itu sahaja coretan tengah malam. Nanti aku sambung lagi mencoret di sini sebab aku berada dalam fasa kerinduan. Banyak benda yang aku rindu tapi sukar untuk diluahkan.


Antara kerinduan yang sedang dirasai. Aku rindu tempat ni. 
Semoga diberi peluang lagi untuk ke sana lagi.


Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »