Showing posts with label Buku Non Fiksyen. Show all posts
Showing posts with label Buku Non Fiksyen. Show all posts

Thursday, June 24, 2021

13/2021 : Buku daripada Jejak Tarbiah

Assalamualaikum.

Hai semua.

Minggu lepas ada membeli buku baharu. Kerjaan duduk di rumah, kerjanya asyik masuk Shopee. Scroll sana scroll sini. Pilih sana pilih sini. Delete sana. Delete sini. Macam biasa, saya cuci-cuci mata memang kalau tak perhiasan rumah akan cuci-cuci mata ke buku.

Pilih punya pilih setelah berpuluh kali aktiviti memilih dilakukan, akhirnya saya memilih dua buah buku daripada Jejak Tarbiah. Memandangkan sudah lama tidak melancong dan berjalan-jalan, saya memilih sebuah buku travelog. 

Kenapa travelog Arab Saudi?

Sebab saya dan suami merancang nak menunaikan umrah jadi kita jalan-jalan dulu ke Arab Saudi dulu dengan buku walaupun ke Riyadh. Baca pengalaman orang dulu yang berhijrah ke Arab Saudi. Saya seronok melihat orang lain berhijrah cuma bila diri sendiri tu tidaklah kuat mana pun. Hahaha.


Inilah rupa dua buah buku yang saya beli daripada Jejak Tarbiah. Cari sahaja namanya di Shopee. Sebuah lagi buku untuk anak kedua. Diari Mat Despatch Lelaki Baik. Tulisan Bahrudin Bekri. Harganya RM9.90.

Winter D'Riyadh Travelog Arab Saudi pula tulisan Fauziah Abdul Hamid. Harganya RM28.00. Harga mampu milik lagi. InsyaAllah.

Itu sahaja perkongsian hari ini. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri. Boleh baca blog saya lagi satu di BILA AKU BERCERITA.

Salam pena,
Fyda Adim

Monday, November 12, 2018

Review Buku : Budak Kelas Belakang


Tajuk: Budak Kelas Belakang
Penulis: Emylia Mohd Nor
Penerbit: Komrad Buku
Halaman: 212


Ulasanku:


Budak Kelas Belakang merupakan naskhah non-fiksyen. Sebuah coretan tentang kisah penulis sepanjang dia menjadi pelajar di STF. Menceritakan bagaimana dia melangkah ke sekolah asrama dan pengalaman beliau di sana. Aku dapat merasakan suasana ketika tinggal di asrama dengan gaya penulisan yang santai. Coretan ini juga membongkar kisah-kisah rahsia kehidupan di asrama perempuan. Sesekali melakukan aktiviti memboloskan diri daripada asrama secara tanpa izin. Dalam cerita berkenaan perihal hantu-hantu yang diceritakan, aku baca laju-laju sebab seram. Sudahlah baca di kala malam menambah keseraman dalam diri. 

Apa-apa pun, gaya penyampaian dan penulisan secara santai seolah-olah membawa aku berada di tempat penulis. Sebenarnya, penulis bukanlah pelajar yang tidak pandai dan dia bukan pelajar kelas belakang namun kegagalan dan kejatuhan dia mengajar kita erti kebangkitan. Dugaan hidup yang dirasai penulis memberikan kita pengajaran. Walau bagaimanapun, penulis akhirnya menjadi seorang manusia yang berjaya. Aku memang salute dengan penulis ini. Daripada sebuah kegagalan dia bertemu sebuah kejayaan. Buku ini sangat sesuai untuk bacaan umum bagi mengisi masa lapang kalian. Recommended! Tahniah buat penulis.


Selamat membaca!

^_____^




99 Stress Free Wife


Tajuk: 99 Stress Free Wife
Penulis: Shaza Baharuddin
Penerbit: Must Read
Halaman: 148


Ulasanku:


99 Stress Free Wife sebuah naskah santai yang mengisahkan kehidupan suami isteri. Coretan isteri yang melalui kehidupan seharian bersama suami dan anak-anaknya. Anekdot yang mencuit hati bila ada kisah seakan sama tapi tak serupa dengan diri saya.

Sememangnya, begitulah gabungan suami dari Marikh dan isteri dari Zuhrah. Ada sahaja yang tidak kena. Rencah kehidupan sebegitulah yang menjadikan sebuah perkahwinan itu saling melengkapi.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Macam lagu P.Ramlee tu. Ingatkan?

Jadi buku ini amatlah sesuai untuk bacaan santai dan mencuitkan hati. Pastinya, mesti ada kisah-kisah mereka yang sedikit lebih kurang sama saja dengan kita.

Selamat membaca!


^___^


Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »