Friday, March 22, 2019

Anekdot 2: Pahala

Imej yang berkaitan
(gambar: sumber google)

Mama tunggu Dak Adik kat dalam kereta. Memarkir kereta kat tempat biasa depan sekolah. Jam 6.15 petang, budak-budak lain sudah keluar sekolah tapi Dak Adik masih belum kelihatan.

Bila sudah 20 minit menunggu, mama suruh Dak Kakak cari dalam sekolah. Kemudian Dak Kakak muncul semula.

“Ma, adik tak adalah. Nana cari kat kantin pun tak ada.”

Ah, sudah. Mama dah cuak.

“Kat kelas Nana dah cari tak?”

“Kelas dah kuncilah ma.”

Kata-kata Dak Kakak menambah kerisauan mama. Mana pula budak ni?

“Cuba mama telefon Aunty Dila?” Mama pun segera dail nombor jiran. Dua kali mencuba namun tak berjawab. Baru mama nak dail nombor apak, Dak Kakak berkata.

“Hah, itu adik!”

Dak Adik dengan longlai masuk kereta sambil bercakap, “Adoi susahnya nak kumpul pahala.”

“Ammar pegi mana?”

“Ammar susun kerusi dengan sapu sampah kat kelas.”

“Dengan siapa?”

“Ketua kelas Ammar. Dapat pahala.”

Hah, yelah. Kau dapat pahala. Mama nak hilang pahala. Solat Asar pun belum. Selalu sempat solat sebelum balik. Semenjak ganti tempat PA terasa nak menyorok bawah meja pun belum tentu dapat.

Dunia oh dunia.

Nota kaki: Adakalanya kita terlampau mengejar hal dunia daripada hal akhirat. Bila rasa bersalah itu datang segeralah bertaubat. Allahu.


Thursday, March 21, 2019

Anekdot 1: Sempurna


Hasil carian imej untuk sempurna
(gambar: sumber google)


Bila kawan kau menyuarakan perasaan sedihnya tentang penilaian prestasinya untuk penyambungan perkhidmatannya.

“Kenapa bos dia bagi markah penuh bos aku bagi markah tak penuh?” Rungutnya.

“Tak pelah. Manusia mana ada sempurna.” Aku jawab bersahaja.

“Alah ko kak. Saje nak menyedapkan hati aku. Habis dia sempurnalah aku tak sempurna?”

Aku sudah gelak-gelak.

“Buat-buat sempurna barangkali. Yang bagi markah pun mesti rasa dia cukup sempurna." Giliran aku pula gelak sebab geli hati dengan jawapan sendiri. Nak menyedapkan hati kawan aku itu, macam-macam teori aku lontarkan.

“Ulasan puan bos pun macam apa aje. Dia tak puji aku. Ulasan dia macam setakat perlukan aku aje. Yang ini kau tengok. Bos dia puji dia." Sambungnya lagi tidak puas hati.

“Pujian itu ujian sebenarnya. Jadi dia sedang diuji dengan pujian.” Aku balas bersahaja.

“Alah kak. Kau ni...”

"Betul lah apa aku cakap. Aku ada baca artikel kat mana entah pujian itu sebenarnya satu ujian juga."

Bengang member.

Nota kaki: Penilai itu manusia. Dia menilai selain daripada pengetahuannya mungkin juga dengan emosi. Usahlah bersedih sangat.



Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »