Assalamualaikum.
Selamat malam.
Aku berjaya habiskan lagi sebuah novel dalam tempoh PKP. Novel ketiga dalam tempoh PKP dan buku ke-10 dalam empat bulan ini. Bila ada waktu begini, memang sesuailah mengisi masa dengan membaca novel/buku yang tersusun di rak.
Banyak lagi buku yang belum sempat dibaca. Macam aku, kalau bacaan lambat tu maknanya aku sibuk menulis. Bila dah fokus menulis, aku kena tinggalkan aktiviti membaca. Begitulah pusingannya.
Novel ini sangat-sangat menyentuh hati aku. Novel ini berjaya membuat air mata aku mengalir. Jahat tau! Memang sedih. Sebak-sebak aku membacanya. Makin hampir ke penghujung makin sedih. Novel ini lain daripada yang lain. Kalau nak tahu kena baca sendiri.
Tahniah buat penulisnya Nazurah Aishah.
Lili Buat Najah karya Nazurah Aishah.
Penerbit: Penulisan2u
Harga: RM25/RM28
Jumlah Halaman: 527
*Kali pertama membaca karya penulis
ini. Itu pun sebab aku terbaca review orang lain mengatakan novel ini best.
Novel ini pernah diterbitkan oleh penerbit lain suatu ketika dulu tapi penerbit
itu sudah tidak beroperasi lagi. Bila tahu novel ini pernah diterbitkan bawah
penerbit kegemaran aku dulu, memang perlulah aku dapatkan novel LBN ini.
*Kisah perjalanan percintaan Nur
Natasha Ameera dan Syahrun Najah yang saling mencintai namun episodnya sungguh
menyedihkan. Mereka bernikah di luar negara sewaktu mereka belajar. Bertemu
secara tidak sengaja membuahkan bibit-bibit percintaan antara mereka.
*Perkahwinan yang hanya diketahui
oleh umi Natasha, papa dan kakak Najah. Mama Najah punya calon isteri buat
Najah namun satu hari mereka nekad untuk berterus-terang dengan mama Najah.
*Perkahwinan itu ditentang oleh mama
Najah namun akhirnya menerima Natasha setelah satu kejadian yang berlaku antara
mama Najah, Tunku Helena dan Natasha.
*Latar ceritanya sekitar Johor
Bahru. Sedang eloklah aku baca novel ini aku sudah setahun merantau ke Johor
Bahru. Jadi bila penulis menceritakan lokasinya aku boleh membayangkan
tempat-tempatnya; Menara Ansar, Lebuh Raya Pasir Gudang, Plaza Pelangi dll.
*Ceritanya menarik walaupun penulis
menulis menggunakan POV1. Terasa sangat dekat dengn diri sendiri ketika membaca
novel ini. Plotnya pun tersusun.
*Ceritanya mula menggusarkan hati
apabila Natasha mendapat tahu Najah sebenarnya mempunyai penyakit yang akan
memisahkan mereka secara hakiki.
*Apabila Natasha mengetahu tentang
penyakit Najah, bermulalah episod sedih yang tidak henti. Bagaimana Natasha
berperang dengan perasaannya begitulah aku yang membaca.
*Novel ini lain daripada yang lain
kerana penamatnya sedih. Bergenang air mata aku ketika aku menghayati part
Natasha membaca wasiat Najah. Memang betul lah review orang, air mata pastui tumpah untuk menghabiskan novel ini.
*Apa pun ada pengajaran yang terselit
dalam novel ini. Percintaan yang setia namun ada yang perlu dikorbankan. Tidak
semua keindahan yang tercipta akan berakhir dengan kemanisan dan yang paling
penting mati itu pasti.
#fydaadimbaca #malaysiamembaca