Showing posts with label Ceritera Aku. Show all posts
Showing posts with label Ceritera Aku. Show all posts

Monday, July 1, 2019

Doa

Assalamualaikum.


Pejam celik sudah tiga bulan aku menjalani kehidupan di tempat orang. Merantau mengikut suami setelah tiga tahun menjalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh. Sejak aku menjalani kehidupan sebagai seorang perantau, hati sering dihantui dengan perasaan sedih. Bukanlah sedih sebab sudah sebumbung dengan suami namun sedih berpisah dengan mak ayah. Sedih tinggalkan rumah. Sedih tinggalkan negeri sendiri.

Biasalah. Bagi orang macam aku yang sudah sekian lama tidak merantau, perasaan sebegitu pasti akan hadir dalam diri. Dua belas tahun aku sudah ada di tempat sendiri setelah bertukar dari Putrajaya.

Sejak itu, inilah doa yang selalu aku amalkan. Doa menghilangkan kesedihan. Aku berharap agar perasaan sedih itu sirna. Setiap kali usai solat, aku akan baca.

Buat teman-teman yang sedang ditimpa kesedihan, marilah kita sama-sama mengamalkannya. Semoga rasa itu berlalu pergi. Jangan pernah berhenti berdoa.

Sekian.

Nota kaki: Hidup ini adakalanya diuji dengan rasa sedih agar kita lebih menghargai rasa bahagia itu.

#julyblogposts #july2019entries 

Wednesday, April 11, 2018

Sebuah Karya Mak-Mak Lah Sanggattt...

Assalamualaikum.

Pembuka bicara untuk entri pagi ini. Entri pertama untuk tahun ini. Aku ingin kongsikan tentang buku pertama aku untuk tahun ini yang akan terbit pada awal April nanti sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung selama sepuluh hari dari 27 April hingga 6 Mei 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada para pencinta buku, sudah semestinya ini adalah detik yang ditunggu-tunggu. Dalam perancangan, aku mahu ke sana juga. Kalau tahun ini aku pergi, ini bermakna sudah lima tahun berturut-turut aku ke PBAKL.

Jadi untuk kali ini, hati berbunga riang kerana pertama kalinya untuk tahun ini buku akan diterbitkan. Naskah anekdot yang mengisahkan 200 cerita daripada 10 orang penulis. Para penulisnya adalah Adila Hassan, Faizah Mohd Noh, Suhaila Sharif, Monalita Mansor, Nur Dila, Suhana Saleh, Suzana Jumadil, Norika Kadir, Nurul Hashim dan termasuk aku sendiri.

Kisah lucu yang menghimpunkan kisah mak-mak dan bakal mak-mak. Ada kisah mentua, kisah anak, kisah isteri, kisah pengasuh, kisah mbak, kisah kampus dan juga kisah si tukang masak. Kalau mahu tahu selanjutnya bolehlah membuat pesanan awal.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada emel alfidah83@gmail.com. Semoga sokongan kalian dapat mewarnai industri penulisan kita. Naskhah ini juga boleh dihadiahkan pada insan tersayang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Nama:
Email:
Saya mahu: Antologi Cerpen Tribunal Cinta, RM20 (SM) RM25 (SS)
Antologi Cerpen Suara Kekasih Cinta, RM25 (SM) RM30 (SS)
Antologi Cerpen Kelip-kelip Kusangka Api, RM38 (SM) RM41 (SS)
Anekdot Mak-Mak Lah Sangat, RM25 (SM) RM27 (SS)
Pos Laju:
Alamat penuh:
Nombor Telefon
Nota Tambahan (jika ada):

Friday, November 18, 2016

Manusia Tetap Manusia

Assalamualaikum.

Salam jumaat. Pembuka bicara pagi ini untuk blog yang suam-suam kuku. Semangat nak menulis tu masih menari-nari dalam diri. Tetapi kekangan masa membuatkan semangat itu mengendur dan terkendur.

Biasalah manusia kan.
Untuk sempurna semua perkara dalam satu masa adalah mustahil.

Manusia tetap manusia.
Manusia itu lemah.
Yang Maha Sempurna cuma satu.
Allah.

Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan.
Berbuat silap mohonlah kemaafan dan keampunan.
Moga tidak diulang kesilapan lalu.
Mohon agar hati tidak berbolak-balik untuk melakukan kesilapan lalu.

Maka, sesiapa yang ada berbuat kesilapan lalu bersungguh memohon kemaafan, pasti akan kuhulurkan.
Tidak ada alasan untuk aku menolak.
Tidak ada alasan untuk aku tidak memaafkan.
Manalah tahu.
Satu hari nanti aku pula yang memerlukan kemaafan.

Sebab apa?

Kerana aku benar-benar tahu.
Sungguh tidak ada sesiapa yang sempurna.
Tidak ada.

Tidak aku.
Tidak engkau.
Dan tidak mereka.
Kerana manusia tetap manusia.

Salam kemaafan,
Fyda Adim


Thursday, November 17, 2016

Usah Bersedih

Jika sedih, menangislah!
Tak mengapa.

Menangislah sepuasnya.
Menangis akan buat kau lega.


Sedih itu perkara biasa.
Cuma kau jangan bersedih terlalu lama 
sehingga kau korbankan rasa bahagia kau di dunia.
Tapi jangan lupa.
Baiki balik apa yang dah nak rebah.
Apa dia?

Hubungan kau dengan Allah.

Untuk hari ini, satu saja yang kau kena buat.
Lap air mata dan jalani hidup kau macam biasa.
Tak mengapa kalau peritnya masih terasa.
Tak mengapa kalau sakitnya masih ada.
Tak mengapa.

Itu semua mula-mula sahaja.
Lama-lama nanti, kau akan biasa.

Kau bisa lali dengan semuanya.
Apa yang kau perlukan hanyalah bersabar.

Sabar itu indah.

Sabar itu penyejuk hati.
Jadi, cubalah bertahan.
Cubalah bersabar selagi boleh.

Selagi termampu.

Ingatlah.
Dalam hidup kau, bukan hanya ada perasaan.
Bahkan, ada Tuhan!




Thursday, May 12, 2016

Menyertai Antologi Cerpen Fantasi Thriller

Assalamualaikum...

Seperti biasa bila hari bekerja memang tak dapat menulis sepenuhnya di sini. Ada komitmen lain yang lebih penting. Tapi bukanlah aku tidak menulis langsung. Tulis blog masih diteruskan cuma jarang-jarang. Sekarang sibuk menulis dengan benda lain. Tak sempat menulis di sini aku usung buku nota.

Yelah, tengah datang idea nak menulis boleh terus catat dalam buku. Gitulah kekdahnya. Itu bila datang kerajinan yang tinggi. Tapi memang buku nota itu setiap hari aku bawak ke mana sahaja. Itu cara untuk membahagiakan diri sendiri. Tak kacau orang kan. So diam-diam aje. Hehehe...

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Tempoh hari aku gigih menyiapkan sebuah cerpen antologi berkenaan "Nenek". Atas semangat yang dipinjamkan oleh seseorang aku sempat siapkan cerpen tersebut. Nak tulis cerpen pun berzaman nak siapkan apa ntah lagi buku. Dalam mimpi aje.

Dalam masa dua hari rasanya aku siapkan. Sebenarnya aku dah tulis sekerat jalan, cuma habiskan. Kebetulan dalam simpanan ada pula yang kena dengan temanya. Cubalah nasib. Bila cerpen tu siap aku hantar pada seseorang yang banyak membantu aku selama aku menceburkan diri dalam dunia ini. Dia juga merangkap editor akulah kiranya.


Dua minggu lepas keputusan cerpen sudah pun dikeluarkan. Aku terima emel daripada penganjur. Seronok bila tengok cerpen-cerpen yang terpilih. Aku memang tidak mengharapkan apa-apa pun sebenarnya.


Bila nampak pulak senarai cerpen-cerpen yang 'KIV' hati seakan-akan berbunga. Penulis picisan macam aku ni dah tersenarai 'KIV' pun dah cukup buat hati ini gembira. Sekurang-kurangnya tidak direjek. Nama aku yang nombor sebelas. Cerpen bertajuk Rotan Terbelah. Bila nampak nama sendiri balik rumah baca balik cerpen sendiri. Entah apa-apa ajelah aku ni kan.

Itulah sedikit perkongsian kegembiraan aku. Ada rezeki adalah kan. Semoga ada peluang untuk melangkah ke fasa seterusnya. Setiap hari seseorang itu mengingatkan supaya menulis. Terima kasih kakak! Jangan risau menulis sudah menjadi sebahagian dalam diri ini. Belum boleh tinggal.

Wassalam.

Salam pena,



Tuesday, February 10, 2015

Kedamaian Pagi


Kedamaian pagi memberikan ketenangan pada jiwa. Dalam ketenangan dari kedamaian ini, marilah kita membebaskan hati kita dari beban kemarahan dan hilangkan rasa kebencian yang menyelubungi diri.

Andai hati terluka kerana seseorang, maafkanlah. Bukan mudah memberikan kemaafan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan kemaafan sahajalah kita dapat mengubati hati yang terluka.

Dari sebuah kemaafan kita akan peroleh ketenangan. 


Tuesday, April 1, 2014

Salam Perkenalan

Teks :Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri pertama ini akan diperkenalkan serba sedikit mengenai kewujudan blog ini.   Blog ini akan menjadi perantara untuk saya belajar menghasilkan penulisan yang diilhamkan sendiri hasil daripada imaginasi saya.  Walaupun masih lagi berdingkit-dingkit dalam dunia penulisan, akan tetap diteruskan juga jika ada waktu senggang saya.


Minat dalam penulisan sejak di bangku sekolah cuma tidak diperluaskan lagi kerana waktu itu diri ini tidak didedahkan dengan dunia luar.  Cuma menulis pada sebuah diari waktu itu.  Kemudian tahun 2009 saya mula berjinak-jinak dengan dunia blog ke hari ini.  Suami yang menjadi pendorong utama saya dalam dunia blogger ini.  Akhirnya jatuh cinta dengan penulisan sehinggalah saya bertemu dengan seorang sahabat yang jauh usianya dengan saya.  Walaupun perbezaan usia tujuh tahun, tapi kami boleh berkongsi minat yang sama.  Biarlah orang hendak berkata janji kami tidak kacau sesiapa.  Hanya memenuhi apa yang kami minat. 

Maka hari ini wujudlah blog ini.  Nama blog yang tercetus gabungan nama saya sendiri serta anak-anak yang menjadi kekuatan diri dan mengajar saya lebih matang.  Amryana iaitu Ammar dan Adriana.  Harta saya dunia akhirat.

Moga saya peroleh apa yang diimpikan selama ini.  Diri ini hanyalah insan biasa.  Perlukan dorongan daripada semua.  Jika ada teguran dan penambahbaikan dalam penulisan saya, bolehlah tinggalkan komen.  Saya amat alu-alukan untuk memperbaiki diri tetapi biarlah menjaga bahasa supaya saya tidak tersentap atau apa juga perasaaan yang akan dirasai ketika membaca komen yang diberikan.  Kerana saya adalah manusia biasa...

Itu sahaja entri pertama.  Pada sesiapa yang singgah di sini sudi-sudilah membaca atau menjenguk garapan daripada saya.  Ingat saya hanya penulis biasa-biasa sahaja.

Sekian...



Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »