Wednesday, December 6, 2017

Diam Adalah Yang Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bismillah.

Blog ini agak ketinggalan dan bersawang nampaknya. Sudah agak lama tidak menulis di sini. Sibuk sebenarnya. Biasalah, masa yang diperuntukkan 24 jam digunakan sebaik mungkin hendaknya. Saya sibuk pada blog yang satu lagi. Sibuk dengan rutin harian. Sibuk dengan tugas hakiki. Sibuk dengan diri sendiri. Sibuk menyiapkan beberapa projek menulis bersama beberapa rakan penulis.

Sebenarnya, saya ada mengendalikan sebuah blog lagi yang menyiarkan cerpen-cerpen yang terpilih pada setiap hari jumaat. Blog itu ada lima orang ahli tetapi admin blog itu setakat ini hanya saya seorang. Pemilihan cerpen pula melalui pemilihan ahli-ahli panel yang berpengalaman.

Oh ya, kebelakangan ini saya berperang dengan perasaan saya sendiri. Kecewa, kecil hati dan terkilan dengan manusia. Itulah orang kata, jangan terlampau rapat dengan seseorang. Saya pernah terbaca, orang yang rapat dengan kita yang akan mengecewakan kita sebenarnya.

Ada satu ketika, saya sangat rindu momen menulis bersama tetapi benar yang selalu tersurat. Di sebalik setiap kesedihan, Allah akan hadirkan kegembiraan. Perginya satu tetapi Allah hadirkan saya sekumpulan rakan penulis dalam satu kumpulan grup whatsapp. Kami tidak saling mengenali tetapi mampu bercerita apa sahaja tentang kesedihan masing-masing. Ada beberapa orang sahaja yang saya kenal dalam grup tersebut. Terima kasih, Ya Allah.

Orang kata, sahabat yang sebenar adalah yang sentiasa ada walaupun seluruh dunia mengatakan kau tidak berguna. Bukan senang nak dapat sahabat seperti itu. Saya banyak belajar daripada apa yang sedang berlaku kini. Manusia mudah lupa. Lumrah manusia sebenarnya. Mudah lupa siapa kawannya yang dahulu. Mudah lupa siapa yang ada dengan dia dulu. Mudah lupa dengan janji-janjinya.

Kacang kan memang selalu lupakan kulit.
Begitulah hendaknya.

Zaman sekarang, rasanya nak buat baik dengan orang kena hati-hati. Pilihlah sahabat yang betul-betul ikhlas bersahabat dengan kita. Kalau hari ini, dia baik dengan kita. Esok lusa belum pasti. Ada jenis orang, bila ada kawan baharu, dia akan lupa pada kawan lamanya. Janjinya yang dulu dilupakan.

Saya sudah tidak mahu memikirkan soal itu. Fokus saya sekarang lebih kepada menulis. Kalau dilupakan, biarkanlah. Saya tidak mahu mempersoalkannya lagi. Ini adalah isyarat untuk saya lebih berhati-hati lepas ini.

Bohonglah, kalau cakap saya tidak kecewa. Kecewa bila cerita itu disampaikan. Hati ini hancur berkecai. Kenapa perlu diutarakan persoalan sebegitu sedangkan saya tidak pernah pun mempersoalkannya.

Baiklah, kita move on.

Tahun depan banyak projek menulis yang saya kena fokus. Itu lebih penting. Akhir kalam, sayangilah sahabat kita selagi dia ada dan semoga kita juga menjadi sahabat yang baik pada sahabat kita. Amin ya rabbal alamin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena
Fyda Adim


Friday, October 27, 2017

Penyejuk Hati

Assalamualaikum.

Salah satu impian saya mahu menyertai Jemari Seni. Akhirnya, impian saya tercapai dan dimakbulkan bila mana cerpen saya terpilih untuk dibukukan bersama 39 buah cerpen yang lain. Buku tersebut diberi nama Kelip-kelip Kusangkan Api.

Selangkah lagi saya dalam dunia penulisan. Tahun depan harus lebih bekerja keras. Iya, berkerja keras demi merealisasikan apa yang diimpikan. Tahun ini sebagai langkah 'come back' buat saya. 'Come back' sangatlahkan.


Apa-apa pun, nantikan cerpen saya 'Rotan Terbelah' di dalam antologi 'Kelip-Kelip Kusangka Api' terbitan JS Adiwarna, November ini. Semoga dipermudahkan semuanya.

Nantikan ya!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Monday, August 28, 2017

Buku Antologi Cerpen Pertama

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Hai semua.

Setelah sekian lama blog ini dibiarkan tanpa pengawasan. Kesibukan melanda. Saya sibuk dengan blog yang satu lagi. Jadi kuranglah ke blog ini. Kemudian sibuk dengan rutin harian. Sebagai perkongsian, tahun ini saya keluar daripada mood hibernasi. Cerpen pertama yang disiarkan dalam Mingguan Wanita sudah masuk dua tahun. Tahun 2015 waktu itu. Kemudian saya menyepi.

Jadi tahun ini, saya kembali dengan menulis. Saya mula menulis dan menyertai antologi cerpen yang dianjurkan oleh Pena Padu. Tergerak mahu menulis cerpen. Saya muncul dengan cerpen pertama untuk tahun ini. Sebagai pembakar semangat pada diri sendiri.

Antologi Cerpen Tribunal Cinta
Inilah rupa buku antologi cerpen Tribunal Cinta.

18 orang penukil yang mengukir kata cinta dalam antologi ini.

Cerpen Bayangan Cinta
Cerpen saya yang bertajuk Bayangan Cinta antaranya. Pada sesiapa yang mahu mendapatkan antologi ini boleh berhubung dengan saya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Friday, August 4, 2017

Blog Cerpenis Berkarya

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Maaflah sebab sudah lama tidak menulis di sini. Kekangan masa membuatkan saya jarang-jarang menulis di blog ini. Tetapi saya masih lagi menulis di medium lain. Menulis di blog Bila Aku Bercerita. Blog itu lebih kepada kisah peribadi. Kemudian sibuk menyiapkan cerpen yang perlu dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Selain itu saya sibuk menguruskan blog cerpenis ini bersama empat orang admin yang lain. Blog dan emel diselenggara oleh saya sepenuhnya, Itulah salah satu sebab kesibukan saya dan sekarang kembali menulis di Zcoop Zalora Magazine.


Jadi, untuk cerpenis atau sesiapa sahaja yang minat menulis, boleh cuba menghantar nukilan anda di emel yang tertera di blog itu. Sebagai sokongan anda semua, sudi kiranya mengikut blog tersebut. Sekadar menunjukkan tanda sokongan anda terhadap dunia penulisan.

Laman sesawangnya boleh klik di SINI. Segala jasa baik kalian, amatlah saya hargai. Boleh baca juga cerpen pilihan mingguan yang telah disiarkan jumaat lepas bertajuk Janji Lebaran. Selamat membaca dan teruskan menulis! Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim






Monday, January 9, 2017

Jarak Memisahkan

Jarak.
Membuatkan kita jauh,
Pepatah Melayu kata,
Jauh di mata tetapi dekat di hati.

Jarak.
Membuatkan kita terpisah,
Pepatah Melayu kata,
Biar jauh beribu batu, hilang di mata di hati jangan.

Jarak.
Bukan akhir dari segalanya.
Fizikal sahaja yang terpisah.
Namun jangan sampai memisahkan jarak perasaan kita.

~Fyda Adim~



Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »