Showing posts with label Penulisan2u. Show all posts
Showing posts with label Penulisan2u. Show all posts

Thursday, April 16, 2020

Review Novel: Lili Buat Najah

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Aku berjaya habiskan lagi sebuah novel dalam tempoh PKP. Novel ketiga dalam tempoh PKP dan buku ke-10 dalam empat bulan ini. Bila ada waktu begini, memang sesuailah mengisi masa dengan membaca novel/buku yang tersusun di rak.


Banyak lagi buku yang belum sempat dibaca. Macam aku, kalau bacaan lambat tu maknanya aku sibuk menulis. Bila dah fokus menulis, aku kena tinggalkan aktiviti membaca. Begitulah pusingannya.

Novel ini sangat-sangat menyentuh hati aku. Novel ini berjaya membuat air mata aku mengalir. Jahat tau! Memang sedih. Sebak-sebak aku membacanya. Makin hampir ke penghujung makin sedih. Novel ini lain daripada yang lain. Kalau nak tahu kena baca sendiri.

Tahniah buat penulisnya Nazurah Aishah.





Lili Buat Najah karya Nazurah Aishah.

Penerbit: Penulisan2u
Harga: RM25/RM28
Jumlah Halaman: 527

*Kali pertama membaca karya penulis ini. Itu pun sebab aku terbaca review orang lain mengatakan novel ini best. Novel ini pernah diterbitkan oleh penerbit lain suatu ketika dulu tapi penerbit itu sudah tidak beroperasi lagi. Bila tahu novel ini pernah diterbitkan bawah penerbit kegemaran aku dulu, memang perlulah aku dapatkan novel LBN ini.

*Kisah perjalanan percintaan Nur Natasha Ameera dan Syahrun Najah yang saling mencintai namun episodnya sungguh menyedihkan. Mereka bernikah di luar negara sewaktu mereka belajar. Bertemu secara tidak sengaja membuahkan bibit-bibit percintaan antara mereka.

*Perkahwinan yang hanya diketahui oleh umi Natasha, papa dan kakak Najah. Mama Najah punya calon isteri buat Najah namun satu hari mereka nekad untuk berterus-terang dengan mama Najah.

*Perkahwinan itu ditentang oleh mama Najah namun akhirnya menerima Natasha setelah satu kejadian yang berlaku antara mama Najah, Tunku Helena dan Natasha.

*Latar ceritanya sekitar Johor Bahru. Sedang eloklah aku baca novel ini aku sudah setahun merantau ke Johor Bahru. Jadi bila penulis menceritakan lokasinya aku boleh membayangkan tempat-tempatnya; Menara Ansar, Lebuh Raya Pasir Gudang, Plaza Pelangi dll.

*Ceritanya menarik walaupun penulis menulis menggunakan POV1. Terasa sangat dekat dengn diri sendiri ketika membaca novel ini. Plotnya pun tersusun.

*Ceritanya mula menggusarkan hati apabila Natasha mendapat tahu Najah sebenarnya mempunyai penyakit yang akan memisahkan mereka secara hakiki.

*Apabila Natasha mengetahu tentang penyakit Najah, bermulalah episod sedih yang tidak henti. Bagaimana Natasha berperang dengan perasaannya begitulah aku yang membaca.

*Novel ini lain daripada yang lain kerana penamatnya sedih. Bergenang air mata aku ketika aku menghayati part Natasha membaca wasiat Najah. Memang betul lah review orang, air mata pastui tumpah untuk menghabiskan novel ini.

*Apa pun ada pengajaran yang terselit dalam novel ini. Percintaan yang setia namun ada yang perlu dikorbankan. Tidak semua keindahan yang tercipta akan berakhir dengan kemanisan dan yang paling penting mati itu pasti.

#fydaadimbaca #malaysiamembaca



Wednesday, April 8, 2020

Review Novel: Seindah Tujuh Warna Pelangi

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Dalam tempoh PKP, ini novel kedua aku habiskan dan kiranya buku kelapan aku dapat baca dalam tempoh empat bulan tahun ini. Untuk yang suka membaca novel, memang masa dalam PKP ini dapatlah baca novel-novel yang tertangguh di rak.

Mujurlah aku ada simpan sedikit novel-novel dan buku-buku di rumah Johor. Kebanyakkan novel aku semua ada di rumah kat Melaka. Novel ini pun aku pinjam jiran aku kat Melaka. Jauh aku bawa novel dia. Boleh lepaskan rindu gitu.


Seindah Tujuh Warna Pelangi karya E-Man Sufi.
.
Penerbit: Penulisan2u
Harga: RM22/RM25
Jumlah Halaman: 457
.
๐ŸŒฟAku berminat baca novel ini sebab dramanya ditayangkan di televisyen tapi aku tak menontonnya pun. Cuma bila baca novelnya dapatlah bayangkan watak hero dan heroinnya.
.
๐ŸŒฟNovel ketiga penulis yang aku baca. Dua buah novel penulis yang aku baca Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
.
๐ŸŒฟNovel Seindah Tujuh Wana Pelangi mengisahkan kisah kekeluargaan yang menyelitkan kisah cinta. Perkahwinan antara sepupu.
.
๐ŸŒฟKisah yang tidak berat namun geram juga dengan Andika pada mulanya kerana melakukan sedemikian pada Aira, sepupu yang dikahwininya.
.
๐ŸŒฟMenariknya bila wujud babak akrab antaranya adik-beradik dan juga sepupu-sepapat. Aku suka cerita sebegitu. Menyentuh keakraban sebuah keluarga walaupun ada latar belakang keluarga kaya. Fasal harta tok ayah yang dibahagikan kepada cucu-cucunya.
.
๐ŸŒฟApa pun ada pengajaran yang terselit dalam novel ini. Setiap manusia pernah terleka dan alpa namun dengan adanya peluang kedua yang diberikan perlulah digunakan sebaik mungkin. Bukan semua orang dapat menikmati peluang kedua itu.
.
#fydaadimbaca #malaysiamembaca

Sunday, March 8, 2020

Review Novel : Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Assalamualaikum.

Dalam sibuk menulis, aku selitkan juga masa membaca tetapi kadang dua-dua aktiviti ini ke laut dalam juga. Sudahnya aku melayan mata. Begitulah. Kalau tidak sibuk memasak, sibuklah menulis dan membaca. Ada masa menonton drama pula. Begitulah aktiviti aku jika ada di rumah usai pulang dari kerja.

Menulis.
Membaca.
Memasak.
Menonton Drama.

Semuanya memang keminatan aku. Dan entri ini aku nak kongsikan buku kelima yang aku selesai baca. Agak laju juga tahun ini.


Tolong Sempurnakan Cerita Mami karya Syamnuriezmil.
.
๐Ÿ’Novel ini sudah lama aku beli tapi elok tersusun di rak. Rasanya beli tahun 2018 tapi belum terasa nak membacanya.
.
๐Ÿ’Mula baca sebab terperasankan novel ini juga diadaptasi ke drama. Jadi itu yang mendorong aku untuk membacanya tapi aku tak tengok pun dramanya.
.
๐Ÿ’Novel ini lain daripada yang lain. Bukanlah kisah cinta sepenuhnya. Ia mengisahkan budak perempuan berusia 10 tahun yang menghadapi perceraian ibu bapanya. Dia berusaha mahu menyatukan kembali kedua ibu bapanya sehingga seorang lelaki yang mengajar di sekolahnya itu merupakan lelaki yang menyukai mamanya.
.
๐Ÿ’ Punca bapanya mahu bercerai dengan ibunya disebabkan bapanya disahkan menghidapi kanser dan menjalani rawatan tapi bila sembuh bapanya cuba mahu kembali ke pangkuan ibunya walaupun sebenarnya itu rancangannya sendiri mahu mencari suami buat bekas isteri.
.
๐Ÿ’ Nama-nama dalam novel ini memang agak payah nak dihafal. Satu namanya panjang. Sebab kedua payah nak menyebut tapi aku okey aje dan tak ambil pusing pun.
.
๐Ÿ’ Secara keseluruhan, novel ini sebuah bacaan santai. Aku suka bonding antara keluarga yang diterapkan dalam novel ini. Ikatan kekeluargaannya tetap utuh walau mereka memilih jalan masing-masing selepas itu.
.
Selamat membaca!
.
#fydaadimbaca


Monday, November 12, 2018

Novel : Lelaki Kiriman Tuhan




Tajuk: Lelaki Kiriman Tuhan
Penulis: Umie Nadzimah
Penerbit: Penulisan2u
Halaman: 518


Ulasanku:


Kisah Naira dan Raid sangat manis dalam Lelaki Kiriman Tuhan. Aku habiskan dalam masa seminggu sebab teringin sangat nak tahu siapa Iqbal Raid sebenarnya. Bukan apa identiti dia dari awal sudah mengundang tanda tanya dia ni siapa sebenarnya.

Dari mana dia dapat duit banyak-banyak untuk selesaikan hutang Naira. Rupanya Raid ada sejarah silamnya. Tetapi sejarah itu sudah lama ditinggalkan. Naira pula sudah lama dia mengikut jejak gadis itu. Macam secret admire. Tapi masih lagi tertanya-tanya siapa Raid sebenarnya.

Macam biasa, dalam cerita mestilah ada watak-watak antagonis. Memang penat juga melayankan Naira dalam novel ini yang tak habis-habis nak merajuk dan cepat bersangka buruk. Manusia seringkali suka berprasangka.

Namun semuanya terjawab bila Raid hilang. Naira menyesal tak sudah bila lelaki itu hilang. Biasalah, sudah menjadi lumrah manusia akan mula sedar dan lebih menghargai bila melalui fasa kehilangan. Kalau nak tahu kesudahan mereka boleh dapatkannya.

Bila tahu novel ini diadaptasi ke drama dan tahu siapa pelakonnya. Bila baca aku terbayangkan Remy Ishak dan Mira Filzah.

Selamat membaca!
^____^



Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »