Showing posts with label Writing Prompt Ogos 2019. Show all posts
Showing posts with label Writing Prompt Ogos 2019. Show all posts

Saturday, August 24, 2019

Perkara Yang Ingin Dilakukan Tahun Ini

Hasil carian imej untuk menulislah

Perkara yang anda ingin lakukan tahun ini. Ini prompt seterusnya. Sudah beberapa minggu terhenti. Mari kita teruskan sehingga ke garis penamat.

Perkara yang aku ingin lakukan tahun ini adalah menghabiskan apa yang tertangguh.

Menulis.

Ya.

“Kalau kamu bukan anak raja dan bukan anak ulama besar, maka menulislah.” (Imam Ghozali). 

Itulah yang aku sedang bertungkus-lumuskan untuk tahun ini. Ada manuskrip yang perlu disiapkan. Mengingatkan pada manuskrip yang sering tertangguh membuatkan hati resah. Mampukah aku? Bolehkah aku?

Itulah persoalan yang sering menghantui diri aku. Adakalanya terasa mahu mengundur diri namun dunia penulisan sudah sebati dengan diri dan jiwaku. Bila tidak menulis terasa hari-hariku seakan kosong.

Tidak lengkap. Serba-serbi tidak kena. Oleh itu aku belum mampu untuk menghentikannya di sini. Aku masih mahu teruskan walaupun adakalanya seakan kelam tidak nampak ke mana arah tujunya.

Manuskrip ini sahaja tinggal sikit mahu ke penamatnya. Untuk menyiapkan manuskrip ini bukanlah senang. Adakalanya bila writer's block maka aku hanya akan berhuhuhu depan komputer dan ada masanya aku akan bergolek-golek membaca novel atau pun aku akan melayan drama Melayu.

Hasil carian imej untuk menulislah

Menulis bukanlah perkara yang mudah begitu juga menulis entri ini. Bukan sesuatu yang mudah dan entri ini terhasil akibat keterpaksaan. Aku paksa juga diri untuk menaip satu entri. Entri pendek ini pun sudah cukup membataskan aku untuk mengeluarkan setiap aksara. Bila idea kosong memang itu adalah satu keadaan seram untuk semua penulis.

Mungkin bukan untuk penulis lain, tapi untuk aku. Oleh sebab itu, aku cukup menghargai tulisan orang lain kerana aku tahu bukan mudah untuk menulis. Tulislah baik-baik. Mana tahu tulisan kita mampu membuat hati orang yang sedang berduka menjadi gembira.

Selamat menulis semua.



Monday, August 5, 2019

Bila Aku Marah

Bismillah.


Sumber : Google

Writing prompt seterusnya.

Apa yang anda buat apabila marah?

Mengamuk?
Menjerit?
Menangis?
Memasamkan muka?
Mencari gaduh dengan semua orang?

Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat negatif yang boleh menjadikan seseorang ganas dan tidak terkawal. - sumber google

Semua orang pun ada masa-masanya akan didatangi perasaan marah. Itu memang sifat semulajadi manusia. Cumanya kita perlu pandai mengawal perasaan marah itu. Jadi adalah lebih baiknya ketika kita sedang marah Kita memilih untuk diam daripada melampiaskan kemarahan.

Secara jujurnya, kalau aku sedang marah aku memang lebih suka diam. Aku akan menyendiri untuk menenangkan diri sendiri. Bila situasi ini berlaku, aku lebih banyak memujuk hati sendiri. Lagipun aku sejenis yang marah hanya sekejap sahaja. Tidak perlu berlama-lama pun untuk marah.

Marah itu boleh merosakkan diri. Boleh juga menjejaskan persekitaran kita. Andai kita melampiaskan kemarahan, kita lebih cenderung menuturkan kata-kata di luar kawalan kita.


Dalam riwayat Abu Hurairah misalnya, Nabi SAW mengatakan; “Orang yang kuat tidaklah yang kuat dalam bergaduh, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah.” (hadis riwayat Malik).
Oleh itu, tanganilah emosi marah itu dengan betul supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada sekeliling kita.

Sunday, August 4, 2019

Channel Youtube Pilihan

Bismillah.

Senaraikan tiga Youtube Channel yang anda selalu tonton. Itulah tugasan ketiga 'Prompt Ogos' yang tersenarai dalam Writing Prompts yang dikendalikan oleh Norsaadah Dot Com. Aku cuba juga untuk mengikuti tugasan yang diberikan oleh beliau agar blog ini tidak bersawang memandangkan blog ini adalah blog kedua aku yang aku selalu isikan dengan cerita-cerita penulisan aku.

Baiklah, berbalik kepada tajuk - supaya aku tidak terpesong jauh.

Apa itu Youtube?

YouTube ialah sebuah tapak web pengehosan video dari Amerika Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Pada November 2006, ia telah dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65 bilion. - Wikipedia


Diasaskan: 14 Februari 2005, San Mateo, California, Amerika Syarikat
CEO: Susan Wojcicki (5 Feb 2014–)
Tersedia dalam: Pelbagai bahasa
Ibu Pejabat: San Bruno, California, Amerika Syarikat
Pengasas: Jawed Karim, Steve Chen, Chad Hurley
Organisasi induk: Google


Aku memang selalu juga menggunakan Youtube Channel. Selalu pun hanya sekadar mendengar lagu-lagu. Situ lebih mudah. Kadangkala aku menulis dan aku akan pasangkan youtube untuk memainkan lagu-lagu kegemaran.

Jadi, aku senaraikan tiga Youtube Channel yang aku selalu tonton. Selalu itu tidak juga sebenarnya cuma memang kerap. Sebenarnya ada lebih channel cuma aku kongsikan tiga sahaja di sini. Itu pun sudah agak rumit.


1) Shazreen Fazlynda



Aku gemar menonton channelnya kerana dia suka buat vlog. Dulu-dulunya dia gunakan nama pinkmarbeless. Sekarang namanya sudah tukar kepada namanya sendiri. Ada beberapa vlognya aku suka tonton. Antaranya Garam. Ada mesej yang disampaikan dalam vlog tersebut. Kemudian vlognya Ragam Manusia di Facebook.

Boleh menonton channelnya di https://www.youtube.com/results?search_query=shazren+fazlynda


2) Siti Awe



Mula mengikuti Siti Awe ni sejak di Instagram. Dia seorang ahli farmasi. Selalu juga skodeng Instagramnya. Aku suka tengok cara dia bercakap. Lebih-lebih lagi dia suka cakap dalam loghat utara. Aku sudahlah suka loghat utara. Penyampaiannya sangat bersahaja dan spontan. Penuh konfiden. Betul lah, bukan senang nak bercakap depan kamera. Kalau aku memang sah-sah tak boleh. 

Boleh menonton channelnya di https://www.youtube.com/results?search_query=siti+awe


3) Khairul Aming 


Aku gemar memasak. Jadi channel-channel memasak memang menjadi pilihan. Antaranya Khairul Aming Food Channel. Cara dia memasak dan cara penyampaiannya dalam video itu sangat unik. Aku kagum sungguh yang memasak sambil merakam kemudian mengedit segala hal untuk dijadikan sebuah video yang berkualiti dan membuatkan penontonnya terhibur.

Boleh menonton channelnya di https://www.youtube.com/results?search_query=khairulaming

Itulah tiga Youtube Channel yang menjadi pilihan untuk dikongsikan di sini. Channel lain aku suka juga menonton channel Najwa Latif. Penyanyi yang aku minat. Najwa Latif pun bermula dengan youtube. Aku suka mendengar lagu-lagunya. Lagu-lagunya yang aku selalu dengar berulang kali sampai kadang tahap nak termuntah sendiri adalah Hilang, Satu, Sahabat dan banyak lagi.

Semoga kita gunakan saluran-saluran ini dengan baik dan seadanya. Jangan disalahgunakan kecanggihan teknologi masa kini. Perlu diawasi juga anak-anak kita kerana zaman sekarang tidak sama dengan zaman kita dahulu.





Saturday, August 3, 2019

Resepi Nasi Ayam

Bismillah.


Antara masakan yang aku suka adalah nasi ayam. Penyediannya juga sangat mudah dan cepat. Selain menjadi kegemaran aku, nasi ayam juga menjadi kegemaran anak-anak. Memandangkan anak-anak suka makan ayam jadi aku lebih suka menyediakannya sesekali.

Aku kongsikan resipinya di sini untuk tatapan para pembaca.
Bolehlah mencubanya.

Resepinya mudah sahaja. Aku banyak belajar masak dengan emak. Jadi apa sahaja yang aku masak aku memang ikut cara emak memasak.

RESEPI NASI AYAM


Bahan-bahannya :

Beras (ikut sukatan sendiri) - yang ini aku guna beras Basmathi so aku rendamkan sejam dua sebelum memasaknya.
Bawang putih
Halia
Planta
Kiub ayam
Sedikit garam



Cara-caranya :

1)  Sukat air dalam periuk nasi dan masukkan kiub ayam sebanyak dua ketul.  Terpulang juga pada nasi.
2) Toskan beras yang sudah direndam.

3) Bawang putih dengan halia dihiris.
4) Panaskan minyak dan letakkan sedikit planta.
5) Apabila minyak sudah panas, tumis bawang putih dan halia sehingga agak kekuningan.
6) Kemudian barulah gorengkan beras dalam beberapa minit dan masukkan ke dalam periuk nasi yang sudah diisi air dan kiub ayam tadi.  Letakkan sedikit garam.



Resepi Ayam Bakar


Bahan-bahan :
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Madu
Sos Tiram


Cara-caranya :

 1)  Perapkan ayam dengan bahan-bahan di atas.


Resepi Sos Cili


Bahan-bahan :

Cili merah
Air stok ayam
Sos cili
Sos tomato


Cara-caranya :

1) Kisarkan cili merah bersama air stok ayam.
2) Kemudian masak di atas dapur dengan api yang kecil.
3) Masukkan sos cili dan sos tomato.
4) Perasakan.



Resepi Sos Black Pepper


Bahan-bahan :

1) Air rempah dari ayam yang dibakar.
2) Kemudian masakkan air rempah itu.  Masukkan sos black pepper, sos cendawan, lada hitam yang ditumbuk dan sedikit tepung jagung.
3) Perasakan.



Resepi Sup


Bahan-bahan :

1) Stok Ayam
2) Bebola
3) Lobak
4) Daun Sup


Cara-caranya :

1)  Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.
2)  Tumbuk bawang putih dan halia.
3)  Perasakan dan letak sedikit lada sulah.
4)  Masukkan daun sup.


Begitu sahaja cara ringkas aku menyediakan nasi ayam.
Selamat mencuba.
Semoga menyukainya!

#augustblogpostchallenge
#writingprompts


Filem Kegemaran

Bismillah.


Sememangnya aku penggemar filem dan drama Melayu. Tidaklah terlalu obses tetapi bila ada sahaja filem atau drama Melayu yang menarik pasti aku mengikutinya. Buat masa ini, filem yang membuatkan aku jatuh cinta adalah filem Pulang. Filem yang menghantui aku sejurus aku habiskan menontonnya di pawagam.

Bila sahaja iklan tentang filem ini disiarkan di kaca televisyen, aku memang tertarik mahu menontonnya. Lebih-lebih lagi pelakonnya iaitu Remy Ishak. Aku memang meminati ddengan lakonan Remy Ishak. Mula mengenali Remy Ishak sejak menonton drama bersiri Nur Kasih. Bila aku tahu filem Pulang ini berdasarkan kisah benar menambah lagi keterujaan di hati untuk ke pawagam.

Aku pergi menonton filem ini bersama dua orang anak aku. Waktu itu aku bawa juga emak dan seorang kawan aku (jiran tetangga) serta anak kecilnya sewaktu itu berusia dalam lingkungan 5 bulan. Bersungguhnya kami mahu menontonnya.

Filem ini memang menyentuh hati dan perasaan. Sebuah kisah benar yang berlaku di Serkam. Kisah percintaan antara Othman dan Che Thom. Memang ada rasa terkilan bila mereka tidak punya rezeki untuk bertemu semula.

Terkilan sangat.
Sebabnya?

Waktu Othman pulang ke kampung, dia dapat tahu Thom bertunang. Tapi Othman tidak munculkan diri sebaliknya dia membawa diri. Itulah babak paling terkilan.

Tapi siapa kita untuk menidakkan takdir Allah.

Cumanya kisah cinta mereka sangat utuh. Walaupun masing-masing terpisah jauh dan berbelas tahun, rupanya masing-masing tidak mencari pengganti.

Kagum juga di situ.


Wahai Othman dan Thom, cintamu yang sangat agung. Filem yang membuatkan aku mengalirkan air mata tidak henti-henti sehinggalah keluar pawagam mata masih merah. Sangat sedih perjalanan kisah cinta mereka dan terasa zaman dulu begitu susah untuk berkomunikasi.

Bersyukurlah kita sekarang. Ada kemudahan komunikasi yang baik jadi gunakanlah sebaik mungkin. Jangan pula disalahgunakan.

Insaf.



#augustblogpostchallenge
#writingprompts

Pencetus Idea (Writing Prompts) untuk Ogos 2019

Bismillah.



Aku cuba merajinkan diri untuk menyertai 'writing prompts' yang dikendalikan oleh rakan penulis Norsa’adah Ahmad. Sebenarnya aku sudah perasan segmen ini sejak bulan lepas namun oleh sebab kekangan masa dan aku sudah ketinggalan jauh, aku tidak turut serta. Aku hanya dapat buat satu entri sahaja bulan lepas - kononnya mahu mengejarlah tapi tidak berjaya.

Jadi, bulan ini aku akan cabar diri aku untuk menulis. Bagus juga segmen ini diadakan. Boleh membantu penulis untuk menulis di blog dan juga dalam masa yang sama penulis dapat melatih diri untuk menulis.

Untuk bulan ini, terdapat 21 pencetus idea dan juga 10 pencetus idea kreatif untuk ditulis. Agak mencabar juga sebab aku jenis menulis ikut mood. Harapnya adalah idea yang sampai untuk aku meneruskan cabaran ini.

Tugasan bulan ini selain cabaran membaca kita cabar diri untuk menulis juga. Buat blogger yang mahu menyertainya boleh klik di SINI.


Selamat menulis buat semua juga.



Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »