Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...
Selamat malam. Eh jam sudah menunjukkan ke angka 12.27 pagi. Selamat pagilah kan. Aku macam biasa. Waktu-waktu ini adalah masa untuk aku melakukan aktiviti sendiri. Menulis blog, melakukan tugasan dan kadang membaca. Anak-anak sudah tidur, masa untuk emak pulak bersosial di rumah. Hehehe...
Baiklah, berbalik kepada tajuk entri. Dua tiga hari lepas, aku beli sebuah novel bertajuk Illina?Oh Irdina. Nampak di FB. Adalah orang share dan kongsikan serba sedikit sedutan daripada novel tersebut. Nampak menarik aje dan aku terus pm penulisnya iaitu Sutra De'wangi di FB. Sebelah pagi order kemudian petang tu penulisnya kata sudah pos dan hari rabu aku terima kalau tak silap aku.
Jadi, hari khamis kan cuti Maulidur Rasul. Hari tu lah baru aku mula membaca novel tersebut. Mula-mula cuak gak kut tak best ke kan tapi bila mula baca Bab 1 laju aje aku meneruskan ke bab-bab seterusnya. Menarik jugak jalan ceritanya. Tak kenal penulisnya pun tak apa janji ceritanya menarik. Betul tak? Dan aku sudah pun menghabiskan novel ini yang setebal 424 muka surat. Mencatat rekodlah. Sepanjang aku baca novel paling kurang pun lima hari barulah terkial-kial nak habis. Ini tidak! Semalam aku baca dan hari ini aku baca hingga penamatnya.
Inilah rupa novel Illina?Oh Irdina.
Titipan daripada penulis Sutra De'wangi. Sesuatu sangat ucapannya itu. Sesuai sangat kut dengan aku.
Baiklah serba-sedikit tentang novel Illina?Oh Irdina ini. Kisah Irdina yang bekerja di bank. Dia dibesarkan oleh uwannya dan uwannya di kampung pula bercadang mahu menjodohkan Irdina dengan Udo Jahar yang Irdina panggil U.J. Kemudiannya Irdina bertemu dengan Shawn seorang lelaki cina yang suka berkain pelekat sewatu Shawn datang ke bank. Shawn pula kerjanya sebagai DJ radio. Semenjak Irdina bertemu dengan Shawn, macam-macam benda yang jadi padanya. Shawn sudah jatuh hati dengan Irdina sebenarnya. Begitu juga dengan Irdina tetapi sebab Shawn selalu mengenakannya jadi ego Irdina menutup segalanya.
Memang tersenyum-senyum aje tatkala aku membaca setiap bab yang ada terselitnya si Shawn dan Irdina ni. Ada aje babak yang mencuit hati.
Ini pula cover belakang novel. Covernya pun nampak menarik.
Gambar ini aku ambil dari FB Sutra De'wangi. Pinjam ye! Inilah gambaran Shawn, Irdina dan U.J. Korang boleh terjah FB beliau di SINI pada sesiapa yang berminat mahu membeli novel ini. Cubalah beli. Pada aku memang terhibur kerana ceritanya ringan dan penulisannya begitu santai. Jadi dapatlah menghiburkan hati dengan membaca novel ini. Hilang kejap stress yang membelenggu diri. Hehehe... Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Fyda Adim
Saturday, December 26, 2015
Thursday, December 24, 2015
Misi 14 Hari
Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul. Bismillah...
Sudah agak lama membiarkan blog ini bersawang. Sibuk menulis di blog satu lagi. Itu yang nampak seperti blog ini dianaktirikan. Saya sedang sibuk menyiapkan sesuatu tugasan. Semoga dipermudahkan. Kononnya misi dalam empat belas hari. Mustahil sangat rasanya namun apa pun kita cuba setakat yang termampu di bawah bimbingan seorang guru.
Di sini saya letakkan sedikit sedutannya sebagai permulaannya dan pembakar semangat buat diri ini. Kata guru saya "Bangun, bakar diri, semangat harus terus MENYALA-NYALA."
Deringan telefon bimbit sayup-sayup kedengaran. Panjang bunyinya dan akhirnya berhenti. Aku terpisat-pisat di sofa empuk seraya menggeliatkan badan. Sempat mataku menjeling pada televisyen yang masih lagi terpasang. Tertidur rupa-rupanya aku. Hai, badan kalau dah letih, sudah tak kenal mana sofa mana tilam. Semenjak dua menjak ini, kerja di pejabat melimpah ruah sehinggakan aku tidak cukup kaki dan tangan. Kadang mahu melepaskan hajat kecil pun terpaksa ditunda-tundakan. Hujung tahun semua mahu dikejarkan.
Sudah agak lama membiarkan blog ini bersawang. Sibuk menulis di blog satu lagi. Itu yang nampak seperti blog ini dianaktirikan. Saya sedang sibuk menyiapkan sesuatu tugasan. Semoga dipermudahkan. Kononnya misi dalam empat belas hari. Mustahil sangat rasanya namun apa pun kita cuba setakat yang termampu di bawah bimbingan seorang guru.
Di sini saya letakkan sedikit sedutannya sebagai permulaannya dan pembakar semangat buat diri ini. Kata guru saya "Bangun, bakar diri, semangat harus terus MENYALA-NYALA."
Deringan telefon bimbit sayup-sayup kedengaran. Panjang bunyinya dan akhirnya berhenti. Aku terpisat-pisat di sofa empuk seraya menggeliatkan badan. Sempat mataku menjeling pada televisyen yang masih lagi terpasang. Tertidur rupa-rupanya aku. Hai, badan kalau dah letih, sudah tak kenal mana sofa mana tilam. Semenjak dua menjak ini, kerja di pejabat melimpah ruah sehinggakan aku tidak cukup kaki dan tangan. Kadang mahu melepaskan hajat kecil pun terpaksa ditunda-tundakan. Hujung tahun semua mahu dikejarkan.
Sekali lagi telefon bimbitku berbunyi nyaring memainkan
lagu Sedang Ingin Bercinta mematikan khayalan. Spontan mataku singgah pada jam
dinding. Jarum jam menunjukkan lagi lima belas minit mahu ke angka tujuh. Aku
segera membetulkan duduk dan cuba membuka mata seluas mungkin. Dengan segera
aku meraba-raba ke dalam beg tangan di atas meja kopi. Sekilas aku memandang
skrin. Argh! Nama itu lagi!
Kedengaran suara lelaki itu di hujung sana. Hampir dua
minggu aku tidak mendengar suara garaunya. Aku rindukan lelaki chipsmore itu. Aku membalas salamnya. Aku
capai remote control televisyen yang
kebetulan ada di atas sofa untuk memperlahankan suara pada televisyen lalu
menyandarkan tubuh sambil menaikkan kaki ke atas sofa agar lebih selesa dan
nyaman.
“Lea...” Kata-katanya terhenti. Seperti hendak menyatakan
sesuatu. Namun lidahnya bagai ditahan.
“Kalau awak nak tanya kesihatan saya, saya sihat. Kalau
awak nak tanya perkhabaran saya, saya khabar baik.” Aku jawab. Ada curiga yang
mampir mendengar bicara teragak-agaknya itu.
Sekian dulu bersambung lagi.
Salam pena,
Fyda Adim
Sekian dulu bersambung lagi.
Salam pena,
Fyda Adim
Wednesday, September 23, 2015
Rindu Pengubat Luka
"Hang simpan lagi rasa sakit hati tu
buat apa?" Wahida bersuara seraya melabuhkan punggungnya bersebelahan
Fiza. Dua buah muk yang berisi milo panas diletakkan di atas meja berhadapan
mereka.
Pandangan mata Fiza, sahabatnya itu masih lagi tertancap pada skrin televisyen yang memaparkan drama bersiri Korea. Fiza masih lagi diam tidak berkutik.
"Dia dah minta maaf dengan hang, kan? soal Wahida.
"Dah." Balas Fiza pendek.
"Semua orang buat silap. Hang kena ingat tu. Hang lupakan kisah tu." Bicara Wahida lembut.
"Aku tahu bukan senang nak lupakan. Kalau aku kat tempat hang, aku pun tak tahu samada aku boleh terima ke tak." sambung Wahida lagi.
Pandangan mata Fiza, sahabatnya itu masih lagi tertancap pada skrin televisyen yang memaparkan drama bersiri Korea. Fiza masih lagi diam tidak berkutik.
"Dia dah minta maaf dengan hang, kan? soal Wahida.
"Dah." Balas Fiza pendek.
"Semua orang buat silap. Hang kena ingat tu. Hang lupakan kisah tu." Bicara Wahida lembut.
"Aku tahu bukan senang nak lupakan. Kalau aku kat tempat hang, aku pun tak tahu samada aku boleh terima ke tak." sambung Wahida lagi.
Friday, August 7, 2015
Cerpen : Setulus Kasih
SETULUS KASIH
NUR
Laila sudah menyandarkan badannya pada kerusi di meja kerjanya. Jam di tangan
sempat dikerling. Lagi satu jam mahu ke angka 5. Baru dia terasa kepenatan
setelah seharian ke hulu ke hilir menyiapkan kerja yang diserahkan bosnya pagi
tadi. Kerja yang perlu disiapkan dengan kadar segera. Esok bosnya mahu
menghadiri mesyuarat di Putrajaya. Hari ini dia terasa dirinya tersangatlah
sibuk. Dia yang menaip minit mesyuarat, dia yang menjawab telefon malah dia
juga yang membuat fotokopi surat-surat yang diterima. Terasa seperti tidak
cukup tangan sehingga tidak sedar jarum jam bergerak pantas. Tahu-tahu sahaja
sudah hampir tamat waktu kerjanya. Itulah hakikatnya kerja setiausaha.
Dia
menarik nafas panjang lalu dilepaskannya perlahan. Saat dia masih lagi
menyandarkan tubuhnya, tiba-tiba dia terasa tidak sedap perut. Terasa perutnya
seperti mengeras-ngeras. Lalu diusap lembut perutnya yang semakin hari kian
membesar. Setelah dua tahun dia dan suaminya menanti saat-saat ini. Kandungan
kedua setelah keguguran, baru sahaja mencecah 28 minggu itu memang dijaga rapi.
Sebaik sahaja dia disahkan mengandung, memang suaminya menatangnya bagai minyak
yang penuh. Tangannya masih terlekap pada perut. Ketika dia sedang gigih
mengusap perut yang membulat, dia terasa tendangan dari dalam. Terus sahaja
tangannya meraba sebelah kiri perut. Kemudian tendangan itu beralih ke kanan
pula. Dek kerana tadi dia terlampau sibuk dengan kerjanya membuatkan dia
terlupa seketika pada insan di dalam rahimnya itu.
‘Anak
mama pun penat ke?’ bisik Nur Laila pada kandungannya itu. Senyuman terukir di
hujung bibirnya saat dia menerima tindakbalas dari dalam. Seperti mengerti akan
kata-katanya. Nur Laila tersenyum bahagia.
Setelah
lama dia menyandar, matanya beralih pada sesuatu di atas meja. Lantas tangannya
mencapai kalendar. Dia membelek-belek kalendar yang sudah berada di tangannya.
‘Erm,
tak lama lagi.’ Desisnya dalam hati.
Tidak
puas hati dia mengira pada kalendar, dikira pula dengan tangannya. Hakikatnya
dia bukan mengira tarikh untuk dia bersalin. Tetapi ada hal yang lebih penting
dari itu. Dia termenung seketika. Saat itu matanya sudah tertancap pada skrin
komputer. Tetikus di sebelah kanan sudah digerakkan. Mahu mencari sesuatu bagi
merealisasikan hajatnya.
“Laila,
awak tak balik lagi ke?” suara garau Encik Hairul yang menyapa secara tiba-tiba
dari belakang membuatkan dia sedikit terkejut. Laila cepat sahaja memusingkan
kerusinya menghala Encik Hairul yang sedang berdiri berhadapan mejanya. Bosnya
itu baru sahaja selesai mesyuarat dengan klient dari syarikat luar. Kot hitam
yang dipakainya tadi sebelum meninggalkan pejabat sudah berada di tangan.
“Belum
lagi, bos. Saya tunggu suami saya jemput.” Balas Laila perlahan sambil
tersenyum. Surat-surat di atas meja terus sahaja dihulurkan pada bosnya itu.
“Ooo...Awak
dah tak memandu sendiri ke?” soal Encik Hairul lagi. Surat-surat yang sudah
berada di tangannya dibelek satu persatu.
“Tak. Suami saya tak benarkan.” Jawab Laila lemah.
Sejak kandungannya mencecah lima bulan, suaminya tidak membenarkan dia memandu
sendiri ke pejabat. Katanya bahaya. Apa yang bahaya Laila sendiri tidak tahu.
Mahu ke mana-mana memang suaminya yang menjadi pemandu. Kalau ikutkan, dari
awal suaminya tahu dia mengandung sudah tidak dibenarkan memandu. Tetapi Laila
tidak mengendahkan tegahan suaminya. Kadang-kadang dia curi-curi juga memandu.
Mana tahan mahu menunggunya sahaja. Terkadang suaminya itu juga sibuk dengan
kerja.
“Betullah tindakan suami awak tu. Perut awak dah membesar, kalau apa-apa
jadi kan susah.” Balas Encik Hairul bersahaja seakan-akan menyokong tindakan
suaminya itu.
‘Ermmm...Yelah...” balas Laila pendek. Seakan akur dengan kata-kata bosnya
itu.
“Okeylah, saya ada kerja sikit. Awak jangan balik lambat sangat.” Pesan
Encik Hairul sebelum dia mengatur langkahnya ke bilik.
“Bos pun jangan balik lambat juga.” Laila sempat membalas kata-kata bosnya
itu.
“Saya tak apa. Bukan mengandung pun.” Balas Encik Hairul sambil tergelak
kecil. Laila juga turut tergelak. Bosnya itu kalau loyar buruk memang nombor
satu. Ada sahaja yang dijadikan bahan.
Laila kemudiannya kembali memberi tumpuan kepada skrin komputer di
hadapannya. Mahu menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Mahu mencari sesuatu
untuk melaksanakan hajatnya. Matanya sudah ralit memandang skrin komputer. Di
hujung bibir terukir senyuman. Laila seperti telah menjumpai apa yang
dicarinya. Sewaktu dia sedang leka menghadap skrin komputer, Blackberry
kepunyaan Laila yang dihadiahkan oleh suaminya sempena ulangtahun kelahiran
berbunyi nyaring memainkan lagu ‘Sedang Bercinta lagi’. Menandakan panggilan
masuk daripada suaminya. Memang lagu itu telah dikhaskan untuk panggilan
daripada suaminya. Pantas sahaja tangannya mencapai telefon di atas meja.
“Assalamualaikum, abang.” Salam diberi saat punat jawab ditekan.
“Waalaikumsalam. Dah siap berkemas ke?” soal suaminya di hujung talian.
“Belum lagi. Abang dah sampai ke?” soal Laila. Kebiasaannya suaminya akan
menelefon dulu sebelum tiba di pejabatnya.
“Belum lagi. Lagi lima belas minit abang sampailah. Tunggu di bawah ye.”
Kata suaminya lembut.
“Ish abang ni. Laila ingat abang dah sampailah.” Kata Laila. Mendatar
sahaja. Suaminya hanya membalas dengan gelakan kecil.
“Okeylah, Laila nak berkemas. Nanti abang dah sampai Laila tak habis kemas
lagi.”
Kemudian talian dimatikan. Sepantas kilat Laila menyusun dokumen-dokumen
yang bersepah di atas mejanya. Surat-surat yang telah diminitkan oleh Encik
Hairul dimasukkan ke dalam fail keras. Cadangnya, esok sahaja baru diedarkan
surat-surat itu pada kakitangan lain. Selesai mengemas mejanya yang agak
bersepah sedikit seperti tongkang pecah, jari telunjuk runcingnya pantas
menekan punat kecil di sudut kecil di sebelah kanan bawah monitor. Terus sahaja
skrin pada monitor berwarna hitam sebesar televisyen 14 inci menjadi gelap.
“Bos, saya balik dulu.” Jerit Laila dari arah pintu bilik Encik Hairul yang
terbuka luas. Encik Hairul memang jarang menutup pintu biliknya melainkan
jikalau ada perbincangan penting sahaja.
“Okey, Laila. Jaga diri ye.” Jawab Encik Hairul yang sudah beralih pandang
ke arahnya. Dia sememangnya ketuayang baik. Kebajikan setiap pekerja dijaga
rapi.
Laila hanya mengukir senyuman dan dia mula mengatur langkah untuk beredar
Langkahnya dipercepatkan kerana tidak mahu suaminya menunggunya pula.
Terboyot-boyot Laila berjalan menuju ke arah lif.
Pintu kereta
dibuka apabila Honda Jazz berwarna hitam berhenti di hadapannya. Suaminya sudah
melemparkan senyuman dari dalam kereta. Laila membalas kembali senyuman itu
hingga menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Tangannya dihulurkan pada
suaminya ketika dia sudah berada di dalam perut kereta. Huluran Laila disambut
lembut oleh suaminya itu. Beberapa saat selepas adegan bersalaman antara suami
isteri itu, kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan bangunan tempat Laila
bekerja.
Setelah
beberapa minit kereta itu bergerak, Laila cuba memejamkan mata. Tiada kata-kata
yang terungkap antara suami isteri itu. Farid, suami Laila masih memfokuskan
diri pada pemanduannya. Perjalanan mereka hanya ditemani celoteh DJ radio dan
sesekali kedengaran DJ itu memutarkan lagu pula.
“Penat
ke?” soal suaminya sebaik sahaja kereta mereka berhenti di lampu isyarat. Laila
meluaskan bukaan matanya sebaik mendengar pertanyaan suaminya.
“Penatlah
juga. Hari ini banyak kerja. Office boy cuti, itu yang kena buat
macam-macam kerja.” Terang Laila panjang lebar. Sesekali Laila perasan suaminya
melirikkan mata padanya.
“Ermm,
tak apalah. Banyak gerak senang bersalin nanti.” Jawab suaminya bersahaja yang
sudah mula menekan pedal minyak setelah lampu isyarat bertukar hijau.
Laila
hanya mengangguk. Tanda dia bersependapat dengan kata suaminya itu. Laila
kembali mahu memejamkan matanya tetapi dia teringatkan akan sesuatu. Terus
sahaja dia bertanya pada suaminya itu.
“Abang,
lagi dua minggu ulangtahun kelahiran abang. Abang nak hadiah apa?” Sahaja Laila
bertanya. Memang setiap kali ulangtahun kelahiran ataupun ulangtahun
perkahwinan memang masing-masing akan bertanya.
Farid
hanya membisu tatkala Laila bertanya. Wajahnya kelihatan tenang sambil kedua
belah tangannya masih tersemat erat pada stereng. Pemanduannya masih diteruskan
dengan kelajuan biasa-biasa sahaja.
“Abang,
Laila tanya abang nak apa?” soal Laila manja setelah menunggu lama jawapan
daripada mulut suaminya itu.
“Cepatlah,
bang.” Desak Laila apabila suaminya tidak memberi respon.
“Apa
tak nak apa-apa. Abang nak Laila aje.” Jawab suaminya. Senyuman sudah terukir
di bibir suaminya itu.
“Laila
tanya betul-betul ni.”
“Betullah
apa abang cakapkan tadi.” Jawab Farid. Tangan sebelah kiri sudah diusap lembut
pada kepala Laila kemudian beralih kepada perut bulat Laila pula.
Laila
tersenyum puas. Dalam benaknya sudah terfikirkan sesuatu. Tunggulah...
Kotak kecil yang
berbalut dengan pembalut hadiah berwarna biru diperhatinya. Laila puas hati
kerana dapat membeli dengan duit yang disimpannya setiap bulan daripada
gajinya. Jam tangan jenama Titus sudah dibelinya semasa dia ke bandar tengahari
tadi. Memang sudah lama dia mahu menghadiahkan pada suaminya. Kalau diharapkan
pada gajinya memang tidak mencukupi. Silap hari bulan dia kena minta duit
belanja daripada suaminya pula. Matanya masih tertancap pada kotak kecil itu.
Lalu dia tersenyum lagi. Tanda puas hati.
Tiba-tiba
dia teringat sesuatu. Cepat-cepat telefon bimbit di hadapannya dicapai. Setelah
nombor telefon orang yang mahu ditelefonnya ditekan, telefon bimbit dilekapkan
pada telinga. Menanti dengan penuh kesabaran sehinggalah panggilan itu
terjawab.
Laila
menarik nafas lega. Dia mahu membuat kejutan buat suaminya.
“Assalamualaikum,
abang. Hari ni abang tak payah jemput Laila dekat pejabat ye.” Beritahu Laila
sewaktu menelefon suaminya.
“Waalaikumsalam.
Eh, kenapa pula?Habis tu Laila nak balik macam mana?Nak naik apa?” bertalu-talu
soalan yang terpacul dari mulut suaminya. Tidak sempat langsung Laila mahu
memotong percakapan suaminya.
“Tadi
Laila ada hal sikit di luar. Jadi Laila ambil teksi terus balik rumah. Abang
jangan risau ye.” Jawab Laila perlahan dan bersahaja.
“Oh,
iye ke?Buat abang risau je. Okeylah sayang, abang ada mesyuarat ni. Nanti kita
jumpa di rumah ye.”
“Abang
jangan balik lambat tau.” Pesan Laila sebelum mematikan taliannya. Sejak
semalam lagi, Laila sudah minta kebenaran Encik Hairul untuk bekerja separuh
hari. Encik Hairul dengan senang hati membenarkan. Bosnya itu memang tidak
banyak karenah dengan pekerjanya.
Sebaik
sahaja perbualan dengan suaminya terhenti, Laila menelefon sahabat baik
suaminya, Fizrul. Mahu mengingatkan kembali pada sahabat baik suaminya itu
tentang malam ini.
“Okey,
puan. Aku tak lupa punya. Masak special sikit tau.” Fizrul berpesan tanda
faham dengan pesanan dan arahan Laila tadi.
Laila
terus ke dapur mahu menyiapkan beberapa juadah. Dia hanya menempah Kek Red
Velvet kegemaran suaminya. Mahu membuat sendiri terasa tidak terlarat.
Kudratnya yang hanya tinggal beberapa kerat dengan perutnya yang
terboyot-boyot, membuatkan dia mengangkat bendera putih. Setelah beberapa jam
Laila bertungkus-lumus di dapur, akhirnya siaplah beberapa menu yang sudah
dirancang dari awal. Dengan perut yang membesar itu dia masih mampu bergerak
walaupun agak terbatas. Nasi Tomato, Spageti Aglio Olio dan Puding Caramel
sudah siap terhidang. Nugget juga ada digoreng untuk anak-anak kawan suaminya.
Selesai
menghidang, Laila terus ke bilik. Mahu membersihkan diri dan bersolat Asar.
Tidak lama kemudian, kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Cepat-cepat dia
melipat telekung dan sejadah lalu digantung.
“Assalamualaikum..”
terdengar dari luar bertalu-talu memberi salam. Laila menjawab salam. Kelihatan
Fizrul, Zarul dan Afiz bersama keluarga masing-masing di muka pintu. Mereka
adalah kawan baik suaminya semasa di universiti. Laila terus menjemput mereka
masuk.
“Jemputlah
minum.” Pelawa Laila seraya meletakkan dulang yang berisi jug berwarna oren
berserta gelas. Saat mereka sedang berbual, bertukar-tukar cerita sesama sendiri,
kedengaran kereta Farid menderu masuk ke dalam garaj.
“Farid
dah baliklah.” Kata Laila pada semua yang ada di situ.
Masing-masing
menuju ke meja makan. Menunggu kelibat orang yang ditunggu.
“Selamat
Hari Lahir!” jerit semua yang ada di situ sewaktu Farid muncul di muka pintu
Farid kelihatan tergamam. Laila yang berada di sebelah kiri meja tersenyum
melirik memandang suaminya yang masih tercengat di pintu.
“Selamat
hari tua, bro!” Fizrul sudah merapati ke arah Farid yang masih terkejut.
“Hah, terima kasih.”
Balas Farid teragak-agak. Terasa kekok dirinya dilayan seperti itu.
Kemudian, Farid
didatangi Zarul dan Afiq pula Ucapan dan pelukan silih berganti antara mereka.
Akhir sekali barulah Laila mendapatkan suaminya.
“Selamat
hari lahir, bang.” Kata Laila yang sudah berada dalam pelukan suaminya.
“Terima
kasih, sayang.” Dahi Laila dikucup lembut.
“Dah,
jom potong kek.” Kata Laila yang agak segan diperlaku sebegitu di hapadan
orang.
“Red
Velvet?” soal suaminya sambil mengangkat keningnya saat mereka tiba di meja
makan. Laila hanya tersenyum.
Sebaik sahaja
suaminya mahu memotong kek yang sudah terletak elok di atas meja, tiba-tiba
Laila terasa sesuatu yang mengalir dari celah kelangkangnya.
‘Basah.’
Bisiknya sendiri. ‘Takkan aku terkencing pula.’ Bisiknya lagi. Semakin banyak
cecair itu mengalir membuatkan dia berasa cemas.
“Abang.”
Panggil Laila sambil menunjukkan dirinya.
“Kenapa?”
soal Farid cemas apabila dia terlihat gaun labuh Laila sudah basah.
“Eh,
ini air ketuban.” Kata Mira, isteri kepada Fizrul sebaik sahaja dia mendapatkan
Laila yang masih berdiri kaku. Masing-masing menjadi kalut.
Laila
membuka matanya perlahan-lahan. Dia tertidur setelah beberapa jam bertarung
nyawa mahu melahirkan permatanya. Bukan satu tetapi dua!Selama ini doktor tidak
pernah mengesahkan dia hamil kembar.
“Laila.”
Terdengar suara suaminya memanggil. Terpisat-pisat matanya mahu mengecamkan
wajah suami yang berdiri sisinya.
“Anak-anak
mana?” soal Laila lemah.
“Mereka
diletakkan dalam inkubator di Unit Rawatan Rapi Bayi.” Terang Farid. Laila
tersenyum lemah pula.
“Tak
sempat abang nak potong kek.” Dalam sakit-sakit begini masih teringat lagi dia
kejadian tadi. Semua terpaksa ditinggalkan semata-mata mahu ke hospital.
“Tak
apa.” Balas Farid lembut sambil mengusap-usap dahi Laila.
“Hadiah
pun tak sempat Laila nak bagi.”
“Ada
hadiah ke?” soal Faris berkerut dahi.
Laila
sekadar mengangguk.
“Tapi
abang dah dapat hadiahnya.” Kata Farid sambil matanya memandang dalam ke anak
mata Laila.
“Apa?”
soal Laila seakan tidak mengerti maksud suaminya itu.
“Bukan
satu tapi dua!Dia orang tak sabar nak menjengah dunia. Nak sama tarikh lahir
dengan abang.” Kata Farid bersahaja. Laila tersenyum saat mendengar kata-kata
suaminya itu. Baru dia mengerti.
“Terima
kasih sayang. Abang terharu sangat hari ini. Sangat-sangat. Tak tahu macam mana
nak diungkapkan dengan kata-kata.” Kata Farid sambil mengenggam tangan Laila.
“Nanti
bawa Laila jumpa anak-anak ye.” Pinta Laila yang masih berbaring di atas katil.
Suaminya hanya tersenyum ceria sambil mengangguk kepala. Tangan mereka
digenggam dengan lebih erat. Dahi Laila dikucup lembut beberapa kali oleh
suaminya. Laila terasa amat bahagia waktu ini. Dia terasa dirinya sudah cukup
sempurna menjadi seorang mama pada sepasang cahaya mata. Dapat memberi zuriat
pada suaminya.
‘Semoga permata-permata hati kami akan terus menyinari kebahagiaan kami.’
Bisik Laila.
TAMAT
Friday, March 6, 2015
'Setulus Kasih' Di Majalah Mingguan Wanita
Majalah Mingguan Wanita Bil 1633
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Majalah Mingguan Wanita Bil 1633
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Mingguan Wanita
6-12 Mac 2015
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
6 - 12 Mac 2015
Bil. 1633
Ini cover majalah yang terselit cerpen saya.
Alhamdulillah. Inilah yang dinanti-nantikan. Pertama kali saya menghantar cerpen ke Majalah Mingguan Wanita dan penantian itu telah pun berakhir walaupun saya menunggu agak lama.
Sebuah cerpen suami isteri bernama Nur Laila dan Farid dalam kisah Setulus Kasih.
Terima kasih kepada Majalah Mingguan Wanita kerana sudi menyiarkan nukilan saya yang tidak seberapa.
Tuesday, February 10, 2015
Kedamaian Pagi
Kedamaian pagi memberikan ketenangan pada jiwa. Dalam
ketenangan dari kedamaian ini, marilah kita membebaskan hati kita dari
beban kemarahan dan hilangkan rasa kebencian yang menyelubungi diri.
Andai hati terluka kerana seseorang, maafkanlah. Bukan
mudah memberikan kemaafan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan kemaafan sahajalah kita dapat mengubati hati yang
terluka.
Dari sebuah kemaafan kita akan peroleh ketenangan.
Thursday, January 22, 2015
Petikan Cerpen Rindu di Hati Abah
“Assalamualaikum.” Salam
suci kesejahteraan yang kulontarkan tiga kali masih lagi tidak
berjawab. ‘Mana abah ni?’ keluhku sendiri lantas mengatur langkah
ke belakang rumah. Tiada juga.
“Dibah, bila kau sampai?”
Suara seseorang yang sangat kukenali dan CNN kampung ini, kedengaran.
Aku menoleh dan menyalaminya seraya tersenyum kelat.
“Kak Melah, nampak abah
tak?” soalku.
“Kat kubur la. Siang malam
pagi petang, di situlah duduknya. Aku tengok macam tak betul aje,”
beritahu Kak Melah sewaktu kami beriringan ke hadapan rumah kemudian
duduk di anak tangga. Kata-katanya itu menusuk tajam hatiku.
“Akak bukan nak cakap,
tapi orang kampung yang kata. Kau orang adik-beradik tak mahu jaga
orang tua tu. Kelmarin abah kau jatuh lagi dekat kebun pisang. Aku ni
serba salah. Tapi yelah...nak tak nak kena beritahu juga.” Aku
mengeluh perlahan. Kak Melah mencemik. Mendengar kata-katanya
membuatkan darahku meruap. Aku senyum tawar.
“Saya bukan tak mahu jaga
abah....” Aku membela diri dalam geram.
Subscribe to:
Posts (Atom)