Bismillah.
Blog ini agak ketinggalan dan bersawang nampaknya. Sudah agak lama tidak menulis di sini. Sibuk sebenarnya. Biasalah, masa yang diperuntukkan 24 jam digunakan sebaik mungkin hendaknya. Saya sibuk pada blog yang satu lagi. Sibuk dengan rutin harian. Sibuk dengan tugas hakiki. Sibuk dengan diri sendiri. Sibuk menyiapkan beberapa projek menulis bersama beberapa rakan penulis.
Sebenarnya, saya ada mengendalikan sebuah blog lagi yang menyiarkan cerpen-cerpen yang terpilih pada setiap hari jumaat. Blog itu ada lima orang ahli tetapi admin blog itu setakat ini hanya saya seorang. Pemilihan cerpen pula melalui pemilihan ahli-ahli panel yang berpengalaman.
Oh ya, kebelakangan ini saya berperang dengan perasaan saya sendiri. Kecewa, kecil hati dan terkilan dengan manusia. Itulah orang kata, jangan terlampau rapat dengan seseorang. Saya pernah terbaca, orang yang rapat dengan kita yang akan mengecewakan kita sebenarnya.
Ada satu ketika, saya sangat rindu momen menulis bersama tetapi benar yang selalu tersurat. Di sebalik setiap kesedihan, Allah akan hadirkan kegembiraan. Perginya satu tetapi Allah hadirkan saya sekumpulan rakan penulis dalam satu kumpulan grup whatsapp. Kami tidak saling mengenali tetapi mampu bercerita apa sahaja tentang kesedihan masing-masing. Ada beberapa orang sahaja yang saya kenal dalam grup tersebut. Terima kasih, Ya Allah.
Orang kata, sahabat yang sebenar adalah yang sentiasa ada walaupun seluruh dunia mengatakan kau tidak berguna. Bukan senang nak dapat sahabat seperti itu. Saya banyak belajar daripada apa yang sedang berlaku kini. Manusia mudah lupa. Lumrah manusia sebenarnya. Mudah lupa siapa kawannya yang dahulu. Mudah lupa siapa yang ada dengan dia dulu. Mudah lupa dengan janji-janjinya.
Kacang kan memang selalu lupakan kulit.
Begitulah hendaknya.

Saya sudah tidak mahu memikirkan soal itu. Fokus saya sekarang lebih kepada menulis. Kalau dilupakan, biarkanlah. Saya tidak mahu mempersoalkannya lagi. Ini adalah isyarat untuk saya lebih berhati-hati lepas ini.
Bohonglah, kalau cakap saya tidak kecewa. Kecewa bila cerita itu disampaikan. Hati ini hancur berkecai. Kenapa perlu diutarakan persoalan sebegitu sedangkan saya tidak pernah pun mempersoalkannya.
Baiklah, kita move on.
Tahun depan banyak projek menulis yang saya kena fokus. Itu lebih penting. Akhir kalam, sayangilah sahabat kita selagi dia ada dan semoga kita juga menjadi sahabat yang baik pada sahabat kita. Amin ya rabbal alamin.
Sekian dan wassalam.
Salam pena
Fyda Adim
No comments:
Post a Comment