Selamat malam.
Hari ini sudah hari ke-25 kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Sepanjang tempoh ini apa yang kita sudah perolehi daripada PKP ini? Jumaat lepas, PM sudah mengumumkan bahawa tempoh PKP dilanjutkan lagi dua minggu sehingga 28 April 2020.
Reaksi aku?
Awal-awal aku sudah set dalam minda yang perkara ini akan dilanjutkan. Setakat ini aku okey saja cuma sedih bila kita tidak boleh balik ke kampung. Kampung satu hal. Tak boleh balik tengok rumah sendiri. Maklumlah kami di perantauan. Selalunya dua minggu sekali pasti menjengah rumah. Mujurlah ada jiran yang baik hati.
Sedih?
Sedihlah. Sebab ini tempoh paling lama aku tak jumpa mak ayah aku. Sejak berpindah ke JB, paling tidak dua minggu sekali mesti pulang ke sana. Kali ini agak lamalah. Emosi sedikit terganggu juga tapi kita kena berkorban demi kesihatan dan keselamatan semua.
Baiklah.
Jangan sedih-sedih. Kita ambil positif dalam tempoh berkurung ini. Kiranya kita berkurung ini masih ada benda yang boleh kita lakukan. Kita diberi kemudahan internet. Boleh menonton. Boleh membaca.
Untuk penulis, inilah masanya untuk siapkan manuskrip. Mungkin dapat siapkan satu manuskrip dalam tempoh PKP untuk penulis yang macam aku. Kejap-kejap mood ke laut. Hahaha. Jika dilihat dalam tempo PKP, ini dikira tempoh bertenang. Tidak terkejar-kejar melakukan hal-hal di luar rumah. Kita ada masa untuk mengaji setiap kali lepas solat. Misi untuk khatamkan Al-Quran sebelum Ramadan dan juga disambung dalam Ramadan nanti. InsyaAllah. Mudah-mudahan semua dipermudahkan untuk kita.
Novel Insan Kau Cinta masih boleh dipesan tapi stok pada aku sudah kehabisan. Kena order dengan Fajar Pakeer dulu tapi penerbit masih belum beroperasi.
Harap semua dapat bersabar. Jika ada yang masih mahu memesan melalui aku, bolehlah mesej di link yang diberikan di bawah. Pada yang sudah habis menelaah kisah Azalea dan Muaz, terima kasih atas respon semua. Segala respon amat dihargai supaya dapat diperbaiki pada novel-novel akan datang.
Untuk membuat pesanan klik LINK di bawah:
http://www.wasap.my/+60176741270/InsanKauCinta
http://www.wasap.my/+60176741270/InsanKauCinta
http://www.wasap.my/+60176741270/InsanKauCinta
Salam pena,
Fyda Adim
2 comments:
Assalamualaikum. wah, kagumnya saya. Saya pun pernah bercita2 utk jadi penulis. tak kisah laa penulis apa. cuma pernah ada 1 antalogi sahaja. itu pun sajak n cerpen. kemudian, saya tak tahu mcm mana nak teruskan lagi.. sbb dah bertukar bidang dan dah lama tinggalkan penulisan. Sudikah Fyda Adim memberi tunjuk ajar?
Sedih dengan keadaan sekarang.. Kita hanya boleh berdoa agar keadaan kembali seperti sediakala.. Stay safe Fyda..
Post a Comment