Percakapan yang baik mampu memberi kesan yang baik juga kepada si pendengar. Begitu juga kesannya buat si penyampai.
Tutur kata yang baik adalah cerminan isi hati. Untuk melihat isi hati seseorang, lihatlah tutur kata yang diungkapkannya.
Andai kita bercakap mengikut perasaan, melepaskan percakapan secara melulu, kita tidak perasan sama ada percakapan kita sudah mengecilkan hati orang lain.
Secara tidak langsung, membuatkan hati orang lain terluka dan mungkin memberi impak paling besar pada orang lain.
Jika tidak boleh menjaga tutur kata, lebih baik berdiam sahaja.
Jika tidak boleh mengungkapkan kata-kata yang baik, lebih baik usah bersuara.
Jika hari ini, kita menjaga hati orang lain, insyaAllah hati kita juga akan terjaga.
Jika hari ini, kita menjaga kata-kata, kita mampu menciptakan sebuah kedamaian.
F.A
23072021
9.30am
.
1 comment:
Betul tu Fyda. Berkatalah yang baik-baik kerana setiap perkataan kita mencerminkan keperibadian kita.
Post a Comment