Assalamualaikum.
Hai semua.
Minggu lepas ada membeli buku baharu. Kerjaan duduk di rumah, kerjanya asyik masuk Shopee. Scroll sana scroll sini. Pilih sana pilih sini. Delete sana. Delete sini. Macam biasa, saya cuci-cuci mata memang kalau tak perhiasan rumah akan cuci-cuci mata ke buku.
Pilih punya pilih setelah berpuluh kali aktiviti memilih dilakukan, akhirnya saya memilih dua buah buku daripada Jejak Tarbiah. Memandangkan sudah lama tidak melancong dan berjalan-jalan, saya memilih sebuah buku travelog.
Kenapa travelog Arab Saudi?
Sebab saya dan suami merancang nak menunaikan umrah jadi kita jalan-jalan dulu ke Arab Saudi dulu dengan buku walaupun ke Riyadh. Baca pengalaman orang dulu yang berhijrah ke Arab Saudi. Saya seronok melihat orang lain berhijrah cuma bila diri sendiri tu tidaklah kuat mana pun. Hahaha.
2 comments:
As pun lately ni asyik beli buku saja. Tapi bezanya dengan Fyda, As belum mula membaca.
As>> Orang pun ada banyak list buku yang nak dibeli. Hehehe
Post a Comment