Monday, November 12, 2018

Novel : Pulang


Tajuk: Pulang
Penulis: Lily Haslina Nasir
Penerbit: Karya Seni
Halaman : 512


Ulasanku:

Pulang adalah sebuah novel lain daripada yang lain sepanjang saya membaca novel. Sebuah naskhah yang terbaik pada pandangan saya. Novel Pulang ini banyak membuatkan saya berperang dengan perasaan sendiri ketika saya mahu menghadamkan hingga ke penamat. Saya sangat kagum dengan cara penulisan penulisnya. Garapannya tersusun elok dan setiap cerita dimulakan dengan serangkap pantun yang manis.

Novel ini penuh emosi. Saya baca hingga mengalirkan air mata bila hampir ke penamat cerita. Membaca novel ini buat saya tertanya-tanya adakah Othman pulang sebenarnya? Itu yang buatkan saya mahu habiskan juga.

Pada sesiapa yang belum membacanya, bolehlah baca novel ini. Selamat menyelami kisah cinta antara Othman dan Che Thom.

Selamat membaca!
^___^



Novel : Bahagia Bukan Bidaan


Tajuk: Bahagia Bukan Bidaan
Penulis: Hessa Widad
Penerbit: Karya Seni
Halaman: 538


Ulasanku:


Novel ini saya baca ketika dramanya sedangnya ditayangkan di televisyen. Saya tak menonton dramanya sangat tetapi lebih tertarik mahu menghabiskan novelnya.

Novel ini agak berat sebab mengisahkan seorang wanita yang struggle untuk bangkit semula selepas dikhianati suaminya. Walaupun novel ini mengisahkan kisah cinta namun nilai-nilai agama ada diterapkan di dalamnya. Menekankan betapa solat itu penting dalam sebuah kehidupan agar mendapat keberkatan.

Kisah Ain Farhana ini boleh diangkat sebagai contoh menjadi seorang wanita yang tabah setelah dikhianati suaminya. Kealpaannyan dulu yang tidak menitikberatkan hal agama membuka matanya apabila dugaan datang dalam rumahtangganya. Dalam pada dia sudah mahu ‘move on’ dan mencari ketakwaan dan membentuk iman dalam diri, hadir seorang lelaki yang mencintainya dan membimbingnya ke jalan yang lebih diredhai.

Begitulah, setiap kejadian pasti ada hikmahnya.


Selamat membaca!
^__^



Sudut Membaca Di Rumah

Assalamualaikum.

Aku kongsikan sudut membaca saya di rumah. Baru selesai menyusunnya setelah berminggu-minggu cuba untuk melakukannya namun tidak berjaya. Memang agak mencabar untuk menyusun kerana ruangnya terhad.

Ini sebahagian sudut dalam bilik kecil yang aku gunakan sebagai ruang membaca. Aku buat sudut membaca ini untuk memupuk sikap membaca pada anak-anak. Jadi aku mulakan dengan ruang kecil ini.

Bilik kecil ini yang menempatkan segala macam buku. Jadi anak-anak boleh bersantai dalam bilik ini untuk membaca. Aku akan menambah koleksi buku untuk anak-anak nanti. Kena buat secara berperingkat.

Antara rak yang menempatkan koleksi novel-novel.

Rak yang menempatkan buku anak-anak dan juga aku. Kenalah disusun begini kerana ruangnya terhad.

Aku akan kongsikan buku-buku yang ada di rak dan ulasan buku yang aku baca. Nanti aku update buku yang telah dibaca untuk tahun ini dan juga tahun lepas. Semoga rajin hendaknya.




Thursday, September 13, 2018

Dua Buah Novel Baharu

Assalamualaikum.

Kembali lagi.

Cuba kembali.

Blog ini macam dianaktirikan pula. Aku banyak menulis di blog lagi satu. Blog ini aku lebih fokuskan untuk aku kongsikan fasal buku, fasal karya aku, fasal buku terbaharu aku. Jangan cari fasal sudahlah ya.

Sudah beberapa bulan, aku menghentikan aktiviti membeli buku. Tak kisahlah buku apa sekali pun waima novel. Aku memang menahan-nahan hati. Sampailah bulan ini, perasaan nak membeli itu kembali membelenggu diri.

Memang nampak ketagihannya. Aku sudah rindu nak ke kedai buku walhal buku kat rumah berlambak yang masih belum baca. Tak boleh tahan.

Isnin lepas, aku ke kedai buku akhirnya walaupun bulan lepas aku ada beli sebuah novel secara dalam talian. Novel bertajuk Lelaki Kiriman Tuhan. Aku sudah habis baca pun novel tersebut. Nanti aku review novel tersebut. Semoga ada kerajinan untuk aku menulisnya.

Jadi, isnin lepas aku memang nak cari novel Bahagia Bukan Bidaan sebab aku sudah terjebak dengan drama adaptasinya. Mana tak terjebak. Pelakonnya Ady Putra, Nora Danish dan Zamarul Hisham. Pelakon-pelakon kegemaran tu.

Inilah dua buah novel terbaharu aku di rak buku aku. Memang target nak beli dua buah hari tu. Sebenarnya cari novel lain tapi sebab novelnya tiada aku beli novel Batiah Hadi. Aku dah beli dua buah novelnya tapi belum mula baca satu pun. Jadi aku sudah ada tiga buah novel penulis Batiah Hadi.

Sekarang aku sedang baca Bahagia Bukan Bidaan. Harap aku dapat habiskan secepat mungkin. Biasalah aku kalau membaca semedangnya tertidur. Itu perkara biasa. Bagilah novel best macam mana pun aku tetap tertidur. Hahaha.

Itu sahaja.

Salam pena,
Fyda Adim


Friday, August 17, 2018

Buku Baharu

Assaalamualaikum.

Kembali lagi. 

Mahu berkongsi tentang buku baharu aku bertajuk Gadis dan Cermin Masa Depan. Naskah ini adalah buku yang menghimpunkan kumpulan cerpen remaja. Dibeli daripada penulisnya sendiri iaitu Cikgu Mohd Helmi Ahmad.

Ini kulit bukunya. Tak sabar untuk aku membacanya.

Setiap kali aku membeli, pasti penulisnya menitipkan sesuatu di dalamnya. Semoga aku dapat meneruskan misi membaca aku. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Sunday, August 12, 2018

Novel Pulang Karya Lily Haslina Nasir Dan Tandatangan Remy Ishak

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Bukan main panjang lagi tajuk entri semata-mata nak tulis juga nama Remy Ishak kat tajuk. Perangai ko tak memadan. Untuk novel Pulang, aku ada dua buah naskhah. Satu memang aku sudah beli sewaktu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Novel Pulang ini aku sambar juga selepas aku menghabiskan duit di reruai Jemari Seni.

Kemudian tak sangka pula, aku dapat hadiah novel Pulang yang telah ditandatangani oleh Remy Ishak. Aku masuk peraduan kat Facebook. Masa tu silang kata. Adalah soalan-soalannya. Tak sangka pula aku boleh menang. Rezeki sungguh.

Macam tahu aje aku kemurungan satu hari gara-gara kulit buku novel terlipat. Mana tidaknya aku baca sambil baring. Sudahnya tertidur. Bangun-bangun novel bawah aku. Hahaha. Apa ke lasak bebenor tidurnya.

Aku selamat menghadamkan novel Pulang ini walaupun memakan masa yang agak lama. Bukan sebab naskah ini tidak menarik tetapi kekangan masa. Waktu itu bulan puasa. Ada perkara lain yang perlu aku dulukan. Kemudian lepas raya baru aku sambung semula. itu pun memang target nak habiskan sebelum filemnya ditayangkan di wayang.

No automatic alt text available.
Tandatangan Remy Ishak. Tandatangan Syafiq dah dapat, tandatangan Remy pun dah dapat. Lepas ni nak dapatkan sign Fattah pulak. Hahaha.

Cover novel yang menarik.

Aku habiskan baca novel ini selepas beberapa hari Pulang ditayangkan di wayang. Iklan Pulang yang dimainkan di kaca televisyen menarik minat aku. Tak senang duduk dibuatnya. Memang target nak pergi tengok filemnya.

Aku review novelnya dulu sementara aku belum pergi menonton filemnya. Novel Pulang ini adalah sebuah naskhah yang terbaik. Aku sangat kagum dengan penulisnya, Kak Lily Haslina Nasir ini. Garapannya sangat menarik. Setiap bab dimulakan dengan pantun yang manis-manis. Kisah percintaan Othman dan Che Thom sungguh agung. Novel ini penuh emosi. Gaya penulisan Kak Lily membawa aku menyelami watak Othman dan Che Thom. Aku tak tahulah macam mana gaya aku menonton filemnya nanti. Masa baca novel ini aku boleh membayangkan watak Remy dan Puteri Aishah sebagai Othman dan Che Thom. Pelbagai rasa yang hadir tatkala aku mengikuti kisah percintaan mereka. Kejap rasa suka, kejap rasa geram, kejap rasa marah dan kejap rasa sedih.

Aku dapat rasakan betapa saratnya rindu yang tidak tertanggung antara Othman dan Che Thom. Sehinggakan terdetik dalam hati, 'Oh, betapa susahnya zaman dulu.' Mereka terpisah kerana Othman mahu belayar. Terpisah sudah satu hal. Masalah komunikasi. Menanggung rindu. Sebuah penantian.

Oh, seksanya. 

Aku tak boleh move on lepas habis baca novel ini. Terbawa-bawa kisah mereka. Cukup mengusik tangkai hati ini. Tapi satu yang aku kagum, mungkin orang dulu-dulu begitu taat dan setianya mereka pada cinta. Berpegang pada janji. Walaupun terpisah begitu lama, cinta itu tetap utuh. Bukan macam pasangan sekarang, terpisah sekejap pun ada yang berskandal. Zaman sekarang lagi senang nak berhubung. Whatsapp ada, boleh call, boleh video call.

Aku baca penghujung novel ini ditemani dengan air mata. Meleleh air mata membasahi pipi. Begitu sebak penamat kisah percintaan Othman dan Che Thom. Sesungguhnya cinta mereka sangat kuat. Tunggu aku review filemnya pula. Apa-apa pun tahniah buat penulisnya yang berjaya menulis novel ini adaptasi daripada filem. Tabik sungguh!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Saturday, June 2, 2018

Pok Pek Pok Pek

Assalamualaikum.

Ini bukan naskhah membawang. Ini anti membawang walaupun judulnya seakan mahu membawang. Dalam naskhah ini walaupun ada makcik-makcik tapi bukanlah edisi makcik bawang ya. Haha. Ini bawang holand agak terhad.

Inilah rupa buku anekdot pertama aku untuk tahun ini.

Kisah-kisah yang terdapat dalam naskhah itu.

Setiap permulaan anekdot akan terselit gambar. Ini gambar kami empat beranak.

Aku berkongsikan kisah anekdot perihal perhubungan jarak jauh selama tiga tahun. Kiranya ini sebagai kenangan.

Cenderahati yang pertama untuk pembeli. Fridge magnet.

Cenderahati kedua. Penanda buku.

Ini pula voucher daripada rakan penulis yang menjalankan perniagaannya agar-agar ville. Sumbangan daripada Husna.

Sesiapa yang berminat mahu mendapat naskhah berkenaan bolehlah hubungi saya selagi stok masih ada. Boleh juga jadikan naskhah tersebut sebagai hadiah untuk mak-mak yang bergelar isteri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »