Assalamualaikum.
Selamat malam.
Assalamualaikum.
Selamat malam.
Assalamualaikum.
Kita ni ada masa terlampau memikirkan persepsi orang terhadap diri kita. Apabila terlampau memikirkan persepsi orang, kita akan menitikberatkan setiap yang mahu dilakukan perlulah sempurna di mata orang lain.
Namun, apabila tidak menjadi seperti yang kita harapkan kita pasti kecewa. Hujung-hujung bertahanlah untuk menerima kecaman. Apabila situasi itu berlaku kita akan berada dalam keadaan yang tertekan kerana kecaman dan ketidaksempurnaan.
Kerja yang kita lakukan pada awalnya dengan ikhlas akan bertukar menjadi tidak ikhlas apabila kita tidak mendapat penghargaan daripada orang lain.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Bahagia itu ada bermacam-macam persepsi. Bahagia cara kita. Bahagia itu pilihan hati. Kita sendiri yang membentuknya. Jadi, usah pertikaikan cara hidup orang lain. Manusia suka menilai dari sudut pandang luaran. Cepat menjatuhkan hukum tentang kehidupan orang.
Pilihan di tangan masing-masing. Asalkan tidak menganggu kehidupan orang lain sudahlah.
Adakalanya setiap perkongsian dapat memberi sumber inspirasi pada orang lain. Boleh juga menjadi terapi pada orang lain. Sebab bukan semua orang mampu melakukannya.
Namun janganlah bersifat dengki dan busuk hati. Kita tidak boleh bekerjasama dengan seseorang, tidak berkenan dengan seseorang, kita cuba mencari jalan untuk menjatuhkan demi kepentingan diri sendiri. Bak kata orang melepaskan tengkuk sendiri! 'Try hard' untuk menunjukkan semua orang tak betul.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Selamat malam semua!
Entri pertama untuk tahun ini setelah sekian lama saya mencari momentum untuk menulis di sini. Sibuk menyiapkan manuskrip yang berbulan saya cuba mencari kata 'TAMAT' namun sehingga kini masih belum ditemui. Manuskrip kali ini agak sukar dan mencabar kerana saya menggunakan POV3. Saya kena masuk ke dalam semua watak yang ada dalam manuskrip tersebut.
Tajuk?
Tajuk manuskrip nantilah saya khabarkan apabila sudah siap. Semoga manuskrip UKBC dapat disiapkan tahun ini juga. Doakan saya ya kawan-kawan semoga saya dipermudahkan urusan dan dikurniakan idea untuk terus menulis.
Insan Kau Cinta
Novel pertama saya yang diterbitkan oleh Fajar Pakeer. Bulan Februari ini genaplah setahun usianya di pasaran. Satu kejayaan yang saya kecapi untuk diri sendiri. Saya menghabiskan manuskrip itu setelah beberpa orang sahabat mencabar saya untuk menyiapkannya. Saya berjaya lakukan!
Diari tetap diteruskan setiap tahun. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja rajin buat diari atau planner sendiri. Nak conteng ke, nak melukis ke, nak mencatat ke ikut sukalah. Selalunya kalau masuk ke kedai buku atau mana-mana kedai kalau terjumpa buku-buku nota mestilah membelinya. Memang sejenis perangai suka simpan buku nota yang cantik-cantik atau yang berkenan di hati. Sudahnya sepenuh-penuhlah dalam rak.
Begitulah. Saya akan tetap menulis di mana sahaja. Di buku, di blog, di telefon, di laman muka buku dan juga di Instagram. Selagi saya boleh menulis saya akan teruskan menulis. Menulis itu dikira sebagai terapi jiwa.
Tahun 2020
Tahun 2020 banyak juga meninggalkan kesan pada saya. Dalam pada kita mengharap kegemilangan tahun 2020; dulu sering diceritakan fasal kereta terbang, Wawasan 2020, namun tahun 2020 dilalui dengan betapa suramnya kita.
Perlu berkurung.Assalamualaikum.
Selamat malam.
Sudah lama tidak menulis di sini. Pejam celik kita sudah sampai ke bulan terakhir dalam tahun 2020. Sejauh mana pencapaian diri sendiri untuk tahun ini? Bagaimana dengan pencapaian dalam membaca? Aku target untuk baca 20 buah buku. Kononnya mengikut tahun 2020. Ambil dua angkanya sahaja.
Itu pun rasanya macam tak mencapai target. Baru 13 buah buku sahaja yang terbaca. Selebihnya aku rajin membeli. Membelinya memang laju. Membaca sahaja yang lambat. Lambat-lambat pun aku baca juga nanti.
Sedapkan hati sendiri.
Baiklah, aku kongsikan sedikit review tentang novel yang kedua belas aku baca. Dah lama habis cuma baru berkesempatan nak berkongsi di sini.
Jangan Pernah Lupakan Aku karya Rissa Ahdiya.
🌿Novel ini mengisahkan kehidupan seorang wanita bernama Siti Maryam Humaira. Suaminya, Thareq mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Abangnya bernama Razif dan kakaknya pula bernama Zana.
🌿Dugaan Maryam datang apabila suaminya pulang ke negeri abadi kerana terlibat dengan kemalangan sewaktu mengikuti perkhemahan unit uniform sekolah di Teluk Batik, Pahang.
🌿Kematian Thareq telah menimbulkan satu konflik yang telah dicipta oleh Razif dan Zana kerana harta.
🌿Meskipun Thareq sudah tiada, Maryam masih menjaga emak mentuanya kerana Razif dan Zana tidak mempedulikan Mak Cik Sitam. Mereka hanya akan muncul apabila ada hal berkaitan dengan harta.
🌿Sifat tamak yang menguasai dua beradik itu membuatkan mereka bertindak di luar kawalan apabila mereka mengetahui bahawa Thareq ada meninggalkan harta buat Maryam.
🌿Kemunculan Fendi sedikit sebanyak membantu Maryam. Razif jadi sakit hati apabila Maryam tidak menerima lamarannya dan menerima lamaran Fendi.
🌿Akibat rasa tamak yang bermaharajalela, Razif melakukan perkara di luar jangkaan melibatkan nyawa. Geram dengan tindak-tanduk berani mati si Razif.
🌿Begitulah manusia yang tamak. Kerana duit akan menjadikan manusia gelap hati dan membuatkan manusia jadi jahat.
🌿Walaupun novel ini ada mengisahkan kisah percintaan, namun terselit kisah kekeluargaan gmyang memberikan pengajaran pada kita. Semoga kita semua dijauhi dengan sifat yang sebegitu.
🌿Tahniah buat penulisnya kerana sentiasa menyajikan kisah-kisah yang menarik dan memberi pengajaran.
#FydaAdimBaca #MalaysiaMembaca #FydaAdimReviewBuku