“Assalamualaikum.” Salam
suci kesejahteraan yang kulontarkan tiga kali masih lagi tidak
berjawab. ‘Mana abah ni?’ keluhku sendiri lantas mengatur langkah
ke belakang rumah. Tiada juga.
“Dibah, bila kau sampai?”
Suara seseorang yang sangat kukenali dan CNN kampung ini, kedengaran.
Aku menoleh dan menyalaminya seraya tersenyum kelat.
“Kak Melah, nampak abah
tak?” soalku.
“Kat kubur la. Siang malam
pagi petang, di situlah duduknya. Aku tengok macam tak betul aje,”
beritahu Kak Melah sewaktu kami beriringan ke hadapan rumah kemudian
duduk di anak tangga. Kata-katanya itu menusuk tajam hatiku.
“Akak bukan nak cakap,
tapi orang kampung yang kata. Kau orang adik-beradik tak mahu jaga
orang tua tu. Kelmarin abah kau jatuh lagi dekat kebun pisang. Aku ni
serba salah. Tapi yelah...nak tak nak kena beritahu juga.” Aku
mengeluh perlahan. Kak Melah mencemik. Mendengar kata-katanya
membuatkan darahku meruap. Aku senyum tawar.
“Saya bukan tak mahu jaga
abah....” Aku membela diri dalam geram.
1 comment:
Aik...sambungannya mana...? Baru nak feel...hehe...
Post a Comment