Dalam sibuk menulis, aku selitkan juga masa membaca tetapi kadang dua-dua aktiviti ini ke laut dalam juga. Sudahnya aku melayan mata. Begitulah. Kalau tidak sibuk memasak, sibuklah menulis dan membaca. Ada masa menonton drama pula. Begitulah aktiviti aku jika ada di rumah usai pulang dari kerja.
Menulis.
Membaca.
Memasak.
Menonton Drama.
Semuanya memang keminatan aku. Dan entri ini aku nak kongsikan buku kelima yang aku selesai baca. Agak laju juga tahun ini.
Tolong Sempurnakan Cerita Mami karya Syamnuriezmil.
.
๐Novel ini sudah lama aku beli tapi elok tersusun di rak. Rasanya beli tahun 2018 tapi belum terasa nak membacanya.
.
๐Mula baca sebab terperasankan novel ini juga diadaptasi ke drama. Jadi itu yang mendorong aku untuk membacanya tapi aku tak tengok pun dramanya.
.
๐Novel ini lain daripada yang lain. Bukanlah kisah cinta sepenuhnya. Ia mengisahkan budak perempuan berusia 10 tahun yang menghadapi perceraian ibu bapanya. Dia berusaha mahu menyatukan kembali kedua ibu bapanya sehingga seorang lelaki yang mengajar di sekolahnya itu merupakan lelaki yang menyukai mamanya.
.
๐ Punca bapanya mahu bercerai dengan ibunya disebabkan bapanya disahkan menghidapi kanser dan menjalani rawatan tapi bila sembuh bapanya cuba mahu kembali ke pangkuan ibunya walaupun sebenarnya itu rancangannya sendiri mahu mencari suami buat bekas isteri.
.
๐ Nama-nama dalam novel ini memang agak payah nak dihafal. Satu namanya panjang. Sebab kedua payah nak menyebut tapi aku okey aje dan tak ambil pusing pun.
.
๐ Secara keseluruhan, novel ini sebuah bacaan santai. Aku suka bonding antara keluarga yang diterapkan dalam novel ini. Ikatan kekeluargaannya tetap utuh walau mereka memilih jalan masing-masing selepas itu.
.
Selamat membaca!
.
#fydaadimbaca
No comments:
Post a Comment