Saturday, August 24, 2019

Perkara Yang Ingin Dilakukan Tahun Ini

Hasil carian imej untuk menulislah

Perkara yang anda ingin lakukan tahun ini. Ini prompt seterusnya. Sudah beberapa minggu terhenti. Mari kita teruskan sehingga ke garis penamat.

Perkara yang aku ingin lakukan tahun ini adalah menghabiskan apa yang tertangguh.

Menulis.

Ya.

“Kalau kamu bukan anak raja dan bukan anak ulama besar, maka menulislah.” (Imam Ghozali). 

Itulah yang aku sedang bertungkus-lumuskan untuk tahun ini. Ada manuskrip yang perlu disiapkan. Mengingatkan pada manuskrip yang sering tertangguh membuatkan hati resah. Mampukah aku? Bolehkah aku?

Itulah persoalan yang sering menghantui diri aku. Adakalanya terasa mahu mengundur diri namun dunia penulisan sudah sebati dengan diri dan jiwaku. Bila tidak menulis terasa hari-hariku seakan kosong.

Tidak lengkap. Serba-serbi tidak kena. Oleh itu aku belum mampu untuk menghentikannya di sini. Aku masih mahu teruskan walaupun adakalanya seakan kelam tidak nampak ke mana arah tujunya.

Manuskrip ini sahaja tinggal sikit mahu ke penamatnya. Untuk menyiapkan manuskrip ini bukanlah senang. Adakalanya bila writer's block maka aku hanya akan berhuhuhu depan komputer dan ada masanya aku akan bergolek-golek membaca novel atau pun aku akan melayan drama Melayu.

Hasil carian imej untuk menulislah

Menulis bukanlah perkara yang mudah begitu juga menulis entri ini. Bukan sesuatu yang mudah dan entri ini terhasil akibat keterpaksaan. Aku paksa juga diri untuk menaip satu entri. Entri pendek ini pun sudah cukup membataskan aku untuk mengeluarkan setiap aksara. Bila idea kosong memang itu adalah satu keadaan seram untuk semua penulis.

Mungkin bukan untuk penulis lain, tapi untuk aku. Oleh sebab itu, aku cukup menghargai tulisan orang lain kerana aku tahu bukan mudah untuk menulis. Tulislah baik-baik. Mana tahu tulisan kita mampu membuat hati orang yang sedang berduka menjadi gembira.

Selamat menulis semua.



No comments:

Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »