Bismillah.
Aku cuba merajinkan diri untuk menyertai 'writing prompts' yang dikendalikan oleh rakan penulis Norsa’adah Ahmad. Sebenarnya aku sudah perasan segmen ini sejak bulan lepas namun oleh sebab kekangan masa dan aku sudah ketinggalan jauh, aku tidak turut serta. Aku hanya dapat buat satu entri sahaja bulan lepas - kononnya mahu mengejarlah tapi tidak berjaya.
Jadi, bulan ini aku akan cabar diri aku untuk menulis. Bagus juga segmen ini diadakan. Boleh membantu penulis untuk menulis di blog dan juga dalam masa yang sama penulis dapat melatih diri untuk menulis.
Untuk bulan ini, terdapat 21 pencetus idea dan juga 10 pencetus idea kreatif untuk ditulis. Agak mencabar juga sebab aku jenis menulis ikut mood. Harapnya adalah idea yang sampai untuk aku meneruskan cabaran ini.
Tugasan bulan ini selain cabaran membaca kita cabar diri untuk menulis juga. Buat blogger yang mahu menyertainya boleh klik di SINI.
Selamat menulis buat semua juga.
2 comments:
Menarik.
Tapi now aida on dgn satu challenge sebegini jugak.
Will join this lepas abis yg tu.
Dpt beri idea utk update blog.
Tq :)
menarik.. kalau ada masa mungkin akan rajin buat..
all the best =)
Post a Comment