Sumber : Google |
Writing prompt seterusnya.
Apa yang anda buat apabila marah?
Mengamuk?
Menjerit?
Menangis?
Memasamkan muka?
Mencari gaduh dengan semua orang?
Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat negatif yang boleh menjadikan seseorang ganas dan tidak terkawal. - sumber google
Semua orang pun ada masa-masanya akan didatangi perasaan marah. Itu memang sifat semulajadi manusia. Cumanya kita perlu pandai mengawal perasaan marah itu. Jadi adalah lebih baiknya ketika kita sedang marah Kita memilih untuk diam daripada melampiaskan kemarahan.
Secara jujurnya, kalau aku sedang marah aku memang lebih suka diam. Aku akan menyendiri untuk menenangkan diri sendiri. Bila situasi ini berlaku, aku lebih banyak memujuk hati sendiri. Lagipun aku sejenis yang marah hanya sekejap sahaja. Tidak perlu berlama-lama pun untuk marah.
Marah itu boleh merosakkan diri. Boleh juga menjejaskan persekitaran kita. Andai kita melampiaskan kemarahan, kita lebih cenderung menuturkan kata-kata di luar kawalan kita.
Dalam riwayat Abu Hurairah misalnya, Nabi SAW mengatakan; “Orang yang kuat tidaklah yang kuat dalam bergaduh, namun mereka yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah.” (hadis riwayat Malik).
Oleh itu, tanganilah emosi marah itu dengan betul supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada sekeliling kita.
No comments:
Post a Comment