Friday, January 31, 2020

Review Novel : Seadanya Aku

Assalamualaikum.

Hai.

Nampaknya ini novel penutup yang aku dapat habiskan sebelum Januari melabuhkan tirainya. Novel ini sudah diadaptasi ke drama. Sebab utama aku beli novel ini. Aku memang penggemar novel yang diadaptasi. Senang nak bayangkan hero dan heroinnya.

Tapi novel tak adaptasi pun aku baca juga. Aku belum sempat menonton dramanya. Minat juga pada hero dan heroinnya. Jadi aku habiskan dulu novelnya.

Pertama kali baca karya Rissa Ahdiya. Nanti bolehlah aku cari novel-novelnya yang lain. Marilah menyokong industri buku Malaysia.

Jom baca reviewnya.


Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya.

Penerbit: Karya Seni
Harga: RM22.00(SM)/RM25.00(SS)
Jumlah halaman: 475

­čî┐Pertama kali baca novel karya penulis ini. Perkara utama yang tertarik sebab novel ini adaptasi drama. Aku memang suka baca novel adaptasi sebabnya senang nak membayangkan hero dan heroin.

­čî┐Cerita dalam novel tidaklah berat sangat cuma part Aufiya diperkosa itu yang agak berat dan perlakuan itu pula dirancang oleh sahabat baiknya sendiri. Memang tak terjangkau dek akal.

­čî┐Novel ini menceritakan kisah kawan makan kawan dan juga tentang sifat kedengkian dan iri hati yang wujud dalam diri. Sifat iri hati dan dengki jika tidak dibendung memang akan mencetuskan perlakuan di luar kawalan.

­čî┐Plot ceritanya tersusun. Mudah difahami dan pembacaan dicepatkan sebab nak tahu siapa yang ‘jahat’ antara Wina dan Zureen. Mereka berdua adalah sahabat baik pada Aufiya.

­čî┐Begitulah, orang kata musuh kita adakalanya datang daripada orang yang paling rapat dengan kita.

­čî┐Dalam novel ini, watak Zarul memang tersangat sweet. Zarul yang pada mulanya menyukai Aufiya dalam diam akhirnya dapat memiliki Aufiya. Kalau sudah jodoh tidak ke mana.

Salam pena,
Fyda Adim



1 comment:

Siti Yang Menaip said...

jadi drama pun tajuk dia seadanya aku eh ?
macam familiar tp x follow drama sangat. bagus2..
teruskan menyaport =)

Fyda's read book montage

Lafazkan Kalimah Cintamu
Tak Ada Cinta Sepertimu
Dia Anak Jeneral
Mr. Grey
Tiada Arah Jodoh Kita
Dalam Dakapan New York
Pulang
Lelaki Januari
Kumpulan Cerpen Remaja: Gadis Dan Cermin Masa Depan
Lelaki Kiriman Tuhan
Bahagia Bukan Bidaan
The Misadventures of Cik Reen & En. Ngok Ngek
Surat Bersampul Perang
Kekasih Waktu
Pujaan Hati Kanda
99 Stress Free Wife
Budak Kelas Belakang
Sepahit Kopi Semanis Cham
Cerita Dalam Kampus
Kan Kukejar Cinta Kamu


Fyda Adim's favorite books »