Bismillah.
Sememangnya aku penggemar filem dan drama Melayu. Tidaklah terlalu obses tetapi bila ada sahaja filem atau drama Melayu yang menarik pasti aku mengikutinya. Buat masa ini, filem yang membuatkan aku jatuh cinta adalah filem Pulang. Filem yang menghantui aku sejurus aku habiskan menontonnya di pawagam.
Bila sahaja iklan tentang filem ini disiarkan di kaca televisyen, aku memang tertarik mahu menontonnya. Lebih-lebih lagi pelakonnya iaitu Remy Ishak. Aku memang meminati ddengan lakonan Remy Ishak. Mula mengenali Remy Ishak sejak menonton drama bersiri Nur Kasih. Bila aku tahu filem Pulang ini berdasarkan kisah benar menambah lagi keterujaan di hati untuk ke pawagam.
Aku pergi menonton filem ini bersama dua orang anak aku. Waktu itu aku bawa juga emak dan seorang kawan aku (jiran tetangga) serta anak kecilnya sewaktu itu berusia dalam lingkungan 5 bulan. Bersungguhnya kami mahu menontonnya.
Filem ini memang menyentuh hati dan perasaan. Sebuah kisah benar yang berlaku di Serkam. Kisah percintaan antara Othman dan Che Thom. Memang ada rasa terkilan bila mereka tidak punya rezeki untuk bertemu semula.
Terkilan sangat.
Sebabnya?
Waktu Othman pulang ke kampung, dia dapat tahu Thom bertunang. Tapi Othman tidak munculkan diri sebaliknya dia membawa diri. Itulah babak paling terkilan.
Tapi siapa kita untuk menidakkan takdir Allah.
Cumanya kisah cinta mereka sangat utuh. Walaupun masing-masing terpisah jauh dan berbelas tahun, rupanya masing-masing tidak mencari pengganti.
Kagum juga di situ.
Wahai Othman dan Thom, cintamu yang sangat agung. Filem yang membuatkan aku mengalirkan air mata tidak henti-henti sehinggalah keluar pawagam mata masih merah. Sangat sedih perjalanan kisah cinta mereka dan terasa zaman dulu begitu susah untuk berkomunikasi.
Bersyukurlah kita sekarang. Ada kemudahan komunikasi yang baik jadi gunakanlah sebaik mungkin. Jangan pula disalahgunakan.
Insaf.
#augustblogpostchallenge
#writingprompts
1 comment:
terkilan kan.. sebab kalau dia berdepan dan minta kepastian mesti ada jawapan. daripada terus hidup dengan assumptions. tu memang habit orang kita hehe.. andaian dan andaian..
Post a Comment