Bismillah.
Antara masakan yang aku suka adalah nasi ayam. Penyediannya juga sangat mudah dan cepat. Selain menjadi kegemaran aku, nasi ayam juga menjadi kegemaran anak-anak. Memandangkan anak-anak suka makan ayam jadi aku lebih suka menyediakannya sesekali.
Aku kongsikan resipinya di sini untuk tatapan para pembaca.
Bolehlah mencubanya.
Resepinya mudah sahaja. Aku banyak belajar masak dengan emak. Jadi apa sahaja yang aku masak aku memang ikut cara emak memasak.
RESEPI NASI AYAM
Bahan-bahannya :
Beras (ikut sukatan sendiri) - yang ini aku guna beras Basmathi so aku rendamkan sejam dua sebelum memasaknya.
Bawang putih
Halia
Planta
Kiub ayam
Sedikit garam
Cara-caranya :
1) Sukat air dalam periuk nasi dan masukkan kiub ayam sebanyak dua ketul. Terpulang juga pada nasi.
2) Toskan beras yang sudah direndam.
3) Bawang putih dengan halia dihiris.
4) Panaskan minyak dan letakkan sedikit planta.
5) Apabila minyak sudah panas, tumis bawang putih dan halia sehingga agak kekuningan.
6) Kemudian barulah gorengkan beras dalam beberapa minit dan masukkan ke dalam periuk nasi yang sudah diisi air dan kiub ayam tadi. Letakkan sedikit garam.
Resepi Ayam Bakar
Bahan-bahan :
Bawang putih
Halia
Lada hitam
Madu
Sos Tiram
Cara-caranya :
1) Perapkan ayam dengan bahan-bahan di atas.
Resepi Sos Cili
Bahan-bahan :
Cili merah
Air stok ayam
Sos cili
Sos tomato
Cara-caranya :
1) Kisarkan cili merah bersama air stok ayam.
2) Kemudian masak di atas dapur dengan api yang kecil.
3) Masukkan sos cili dan sos tomato.
4) Perasakan.
Resepi Sos Black Pepper
Bahan-bahan :
1) Air rempah dari ayam yang dibakar.
2) Kemudian masakkan air rempah itu. Masukkan sos black pepper, sos cendawan, lada hitam yang ditumbuk dan sedikit tepung jagung.
3) Perasakan.
Resepi Sup
Bahan-bahan :
1) Stok Ayam
2) Bebola
3) Lobak
4) Daun Sup
Cara-caranya :
1) Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.
2) Tumbuk bawang putih dan halia.
3) Perasakan dan letak sedikit lada sulah.
4) Masukkan daun sup.
Begitu sahaja cara ringkas aku menyediakan nasi ayam.
Selamat mencuba.
Semoga menyukainya!
#augustblogpostchallenge
#writingprompts
1 comment:
suka nasi ayam tapi malas nak masak sendiri hehe..
kalau buat selalu tolong je kakak buat. tolong perap ayam. daaap !!
puas hati makan kalo buat sendiri.
Post a Comment